Al-Qassam Benar-benar Sedang Mengamuk

Al-Qassam Benar-benar Sedang Mengamuk | Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.
Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu.
Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut. Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada ‘jenayah perang’.

Al-Qassam Benar-benar Sedang Mengamuk

Al-Qassam Benar-benar Sedang Mengamuk

Al-Qassam Benar-benar Sedang Mengamuk

Pagi tadi bom Israel telah mengenai rumah orang awam dan membunuh seorang wanita yang sedang menunaikan Solat Dhuha.
Al-Qassam mengancam untuk menjadikan bandar Ashkelon sebagai neraka jahanam. Dalam masa kurang 10 minit berpuluh puluh roket dilancarkan ke arah Ashkelon. Media Israel sifatkan ini serangan gila.
Ulangan peristiwa wanita yang dipukul oleh Tentera Rom dan menyeru, “Wahai Mu’tasim”. Khalifah Al-Mu’tasim menghantar keseluruhan bala tentera baginda untuk menyelamatkan wanita muslimah tersebut.
Credit : Shekh Anuar Jaisyulhaq dan astro awani

Doakan kemenangan dan kesejahteraan Rakyat Palestin.

2 Comments

  1. Shafaat haqim May 20, 2021

Leave a Reply