Apa Itu Pokok Zaqqum? Ada disebut di dalam Al-quran - SARIP KAY

Apa Itu Pokok Zaqqum? Ada disebut di dalam Al-quran

  • 1 min read
  • Sep 15, 2021

Apa Itu Pokok Zaqqum? Ada disebut di dalam Al-quran | Kita seringkali membaca Al-quran ada yang menceritakan tentang buah dan pokok Zaqqum. Apa yang menarik tentang pokok ini? Jom baca seterusnya.

Zaqqum’ (Bahasa Arab: زقوم) adalah pokok yang tempat tumbuhnya di neraka yang buahnya menjadi makanan penghuni neraka.

Pokok Zaqqum bukanlah sebagai tempat untuk berteduh atau menikmati kelazatan buahnya.

Baca ini:- Doa Qunut Pendek dan Panjang

Menurut Al-Quran, buahnya seperti kepala syaitan dan jika dimakan rasanya seperti kuningan nanah dan besi yang dicairkan bahkan lebih teruk lagi daripada itu.

Apa Itu Pokok Zaqqum? Ada disebut di dalam Al-quran
Apa Itu Pokok Zaqqum? Ada disebut di dalam Al-quran

Sekiranya pokok ini diletakkan di dunia, maka akan hancur bumi beserta isinya.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Kalaulah setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)

Nauzubillahiminzalik.

Seterusnya, menurut Shaykh Umar Sulaiman Al-Ashqar, ada seorang profesor di Universiti Jordan, apabila selera pendosa puas sepenuhnya, buah dalam perut mereka memulas seperti minyak membakar. Sesetengah ulama mempercayai buah ini mengoyakkan badan mereka dan mengeluarkan cecair tubuh. Al-Quran menyebut:

(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum,
(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa
(Panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut (mereka),
Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.

Allahukahbar!! takut dengar cerita buah ini, adakah anda masih pendosa?? Jika ia segerakan bertaubat, Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyanyang. Jika lihat disini kita tidak bayangkan pertanpa azabnya seksaan api neraka, baru sahaja makan buah yang ada di dalam neraka. Sungguh mengerikan dan sangat-sangat takut mendengarnya.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab dan pengetahuan dan berharap agar kita semua memperbanyakkan amal ibadah semoga tidak tergolong dalam penghuni neraka.

Tetaplah teguh dengan ajaran Rasullullah berpegang pada Al-quran dan sunnah semoga kita terhindar dari fitnah Dajjal dan menjadi org munafik. Amin Ya Allah.


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *