Biodata Penuh Anna Jobling

Biodata Penuh Anna Jobling | Nama penuh beliau ialah Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman lahir 14 Ogos 2000 dan merupakan seorang model, pelakon serta pengacara Malaysia. Beliau juga merupkana bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat. Umur Anna adalah 22 tahun (2022) dan memeluk agama Islam.

Beliau semakin meletop dalam drama bersiri di tayangkan di tv3 iaitu Melur untuk Firdaus telah trending dan menjadi sebutan sampai ke indonesia.

Lahirnya Anna Jobling  di Kuala Lumpur sebagai anak tunggal dari seorang bapa berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibu tercintanya berbangsa Melayu di Melaka. Bapa beliau bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya bekerja sebagai pengurus. Dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam, Anna mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa.

Kerjaya

Sebelum Anna sertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah. Kecil-kecil sudah nampak kebolehannya.

Beliau juga dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Aween Ismail dan Arena Lieya. Anna dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat.

Kerjaya lakonan Anna bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick. Beliau melakonkan watak sebagai Emelia. Drama pertama lakonan beliau ialah One Two Hantu yang bersiaran di Awesome TV.

Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi drama Shah Alam 40000 yang bersiaran di slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Shafinaz Mckenzie. Untuk lakonannya dalam drama ini, beliau berlatih bertutur dalam bahasa Melayu ketika di lokasi penggambaran. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya Penunggang Agama 2 dengan melakonkan watak Intan dan bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof.

Pada tahun 2022, beliau digandingkan bersama Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus dengan melakonkan watak Melur. Drama ini menjadi sohor kini di media sosial dengan nama beliau menjadi tular sehingga ke luar negara. Beliau kini semakin dikenali ramai dan banyak diundang dalam program-program televisyen dan sudah tidak sendu seperti dahulu.

Biodata Penuh Anna Jobling

Nama Penuh : Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul

Nama Panggilan : Anna Jobling

Akaun Instagram : https://www.instagram.com/annajobling/

Tempat Lahir : Kuala Lumpur

Tarikh Lahir :  14 Agustus 2000

Agama : Islam

Adik-beradik : Anak Tunggal

Keturuan : Melayu/Inggeris

Pendidikan : Sekolah Internasional

Kerjaya : Aktor, Model, Pengacara

Foto-foto menarik dari Anna Jobling

Foto-foto menarik dari Anna Jobling

Foto-foto menarik dari Anna Jobling

Teruskan setia bersama saripkay.com dan Terima Kasih.

Leave a Reply