Biodata Penuh Zizi Kirana - SARIP KAY

Biodata Penuh Zizi Kirana

  • 1 min read
  • Sep 19, 2021
Biodata Penuh Zizi Kirana

Biodata Penuh Zizi Kirana | Zizi Kirana (lahir Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil; 23 Januari 1985) adalah seorang penyanyi. Beliau merupakan bekas peserta mentor pada 2009. Selain itu, Zizi juga ada menyertai satu rancangan televisyen realiti Indonesia, D’Academy Asia musim kedua di mana beliau mewakili Malaysia.

Biodata Penuh Zizi Kirana

Kerjaya Muzik

Kerjaya nyanyian Zizi Kirana bermula ketika beliau menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh. Namun perjalanan beliau di AF7 terhenti di konsert minggu keempat setelah beliau tersingkir berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi kepada beliau ketika itu. Tamat AF7, Zizi sertai kumpulan The Fabulous Cats yang dipelopori oleh Cat Farish, Adeep Nahar dan Wangi Julianda. Bersama kumpulan itu, beliau merakamkan beberapa single termasuk “Cinta Kosmik” dan “Pergilah Ayu” serta album Fabulousity. Namun jodoh beliau dengan The Fabulous Cats tidak berkekalan apabila kumpulan itu dibubarkan.

Selepas itu, si Zizi ini kemudian menyertai kumpulan Nukilan, semasa bersama Nukilan, beliau mengalunkan rap dengan cekap. Sama juga jodohnya dengan kumpulan itu juga tidak kekal lama apabila mereka dibubarkan. Zizi kemudian menyertai sebuah pertandingan TV realiti Indonesia, D’Academy Asia musim kedua, bermula dari rancangan inilah beliau dikenali peminat sama ada di Malaysia, mahupun Indonesia.

Perkahwinan

Zizi telah menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini pelakon popular Yusuf Bahrin pada 19 September 2021.

Mereka berdua selamat dinikahkan secara tertutup tanpa adanya publisiti daripada pihak media di Masjid Usamah Bin Zaid bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pagi tadi. Dan mereka dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, iaitu Imam Murshidi Abdul Hamid berwakil walikan pihak bapa Zizi Kirana sendiri, iaitu Mad Tahil. Pasangan ini bakal membuat sidang media bagi mengumumkan secara rasmi tarikh majlis resepsi yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti. Tahniah.

Media Sosial

Instagram: Zizi Kirana

Tiktok: Zizi Kirana – Kir4n4

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.