Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Online

Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Online | Berbicara tentang kahwin ni mesti dan pasti semua mahu kahwin. Rugi tidak kahwin, semua ada kemahuan untuk berkahwin. Tidak akan terhenti hanya bercinta ketika bujang sahaja.

Cara daftar nikah, budaya, majlis dan perkara yang berkaitan berlainan mengikut negeri, ada yang sama ada yang berbeza terutama dari segi budaya dan adat, yang penting ikut syariat Agama Islam.

Artikal berkaitan: Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021

Cara Daftar Nikah Negeri Pahang Secara Online

Cara mohon pendaftaran nikah di Negeri Pahang seperti di bawah ini.

Permohonan Nikah Negeri Pahang 2021 boleh dibuat menerusi Portal Rasmi e-Munakahat Pahang secara online.

Borang Permohonan Nikah Pahang Online

Untuk makluman, borang Permohonan Nikah Pahang Online (Lelaki & Perempuan) termasuk juga syarat kelayakan permohonan, prosedur, kursus kahwin dan semakan status:

Sila isi “Borang Pendaftaran Khusus” secara online klik pautan di https://emunakahat.pahang.gov.my/.

Prosedur PERKAHWINAN PAHANG (Lelaki)

  1. Sila isi borang nikah dan print borang setelah mendapat kelulusan berkahwin.
  2. Kemudian, sila serahkan borang diprint dan disahkan kepada pihak perempuan.

Prosedur PERKAHWINAN PAHANG (PEREMPUAN)

  1. Anda perlu isi borang nikah setelah mendapat borang daripada pihak lelaki.
  2. Setersunya, bakal pengantin perempuan perlu membuat pengesahan daripada Ketua Kampung untuk Borang Kebenaran Kahwin & dokumen yang diperlukan.
  3. Anda perlu pergi ke rumah Tok Imam atau Jurunikah untuk mendapatkan tandatangan serta cop untuk pengesahan.
  4. Sila semak dan hantar borang yang lengkap diisi dan disahkan beserta dokumen lain ke Pejabat Agama.
  5. Kemudian, Pejabat Agama mengeluarkan surat Akuan Kebenaran Berkahwin, kebiasaannya proses untuk dapatkan surat akan mengambil masa sekitar 3 hari bekerja dan apabila sudah terima sila pergi berjumpa Tok Imam atau JuruNikah dan tetapkan tarikh nikah serta tempat nikah.



MATLAMAT PERKAHWINAN

Ada tiga dasar utama iaitu:

  • Mewujudkan ketenangan (sakinah)
  • Mewujudkan kasih sayang (mawaddah)
  • Mewujudkan belas ihsan (rahmah)

KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pada Suami

  • Menunaikan Hak Allah SWT
  • Memberi Nafkah
  • Membimbing Isteri Melakukan Perkara Makruf Dan Meninggalkan Perkara Mungkar
  • Berlaku Adil Sekiranya Berpoligami
  • Melayani Isteri Dengan Makruf (baik)
  • Memberi Perlindungan/Keselamatan

Pada Isteri

  • Menunaikan Hak Allah SWT
  • Mentaati Suami Dalam Perkara Yang Tidak Bertentangan Dengan Syarak
  • Melayan Suami Dengan Makruf (Baik)
  • Menghias Diri Untuk Suami
  • Memelihara Kehormatan
  • Diri Dan Harta Suami
  • Mengasuh anak
  • Tanggungjawab Bersama

Rujukan

Alamat :-

Unit Undang-Undang Keluarga Islam
Jabatan Agama Islam Pahang
Jalan Masjid,
26600, Pekan, Pahang.

Tel :- +6 09-4271198

Faks :- 6 09-4229764

 

 

12 Comments

  1. Jgn jd pemalas October 6, 2021
    • Sarip Kay October 6, 2021
  2. Axura October 21, 2021
    • Sarip Kay October 22, 2021
    • NORHAZALINA BINTI ABDOL October 22, 2021
  3. Khalilah Razak November 5, 2021
    • Sarip Kay November 5, 2021
  4. Faziezul Kamal Bin Azizi November 5, 2021
    • Sarip Kay November 6, 2021
  5. zainon November 9, 2021
    • Sarip Kay November 9, 2021

Leave a Reply