Cara dan Doa Mandi Wajib Yang Betul

Cara dan Doa Mandi Wajib Yang Betul | Mandi wajib adalah sesuatu perbuatan mandi bersihkan diri dari hadas besar. Dalam islam apabila sesorang itu mengalami atau melakukan perkara seperti melakukan hubungan intim, atau keluar haid, keluar mani, dan darah nifas anda harus mandi wajib apabila perkara ini selesai berlaku pada diri anda. Kali ini kita kongsikan Cara-cara dan doa mandi Wajib dengan betul.

Apa iti Maksud Mandi Wajib

Untuk pengetahuan anda definisi bagi mandi menurut dalam bahasa ialah mengalirkan air kepada seluruh badan.

Dari hukum syarak pula, mandi wajib bermaksud anda mengalirkan air ke seluruh tubuh dan bersih dengan niat tertentu.

Perbuatan bagi Mandi Wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub atau mandi selepas melakukan hubungan bersama bagi yang sudah berkahwin, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebaliknya.

Cara dan Niat Mandi Wajib dengan Betul

Sebelum memasuki bilik air seeloknya baca doa masuk tandas/bilik mandi.

Seterusnya ia dilakukan dengan Niat bersama-sama basuhan pertama pada anggota tubuh badan kita.

Bacaan niatnya ialah :

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى

Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta’ala

Ertinya : “Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala

Langkah Pertama

Segala kelakuan dan perbuatan kita eloknya mengikut cara dan jejak langkah Rasulullah s.a.w.

  1. Hadapkan badan kita ke arah kiblat.
  2. Seterusnya basuh kedua-dua belah tangan sebanyak 3 kali.
  3. Kemudian kita basuh kedua-dua kaki sebanyak 3 kali.
  4. Dan seterusnya beristinjak yakni membasuh kemaluansebersihnya, membuang najis dan benda-benda yang terdapat di badan kita yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.

Langkah Kedua

Sebelum kita teruskan ke langkah berikutnya anda perlu mengambil wuduk terlebih dahulu

Sahaja aku berwuduk bagi melakukan mandi wajib, sunat kerana Allah Taala

Baca Doa Selepas berwuduk seperti di bawah ini:

,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh. Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.”

Ertinya :“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukanNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

Langkah Ketiga

Baca Bismilah ‘بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم’ dan niat mandi wajib sambil mencurahkan air ke seluruh badan kita.

Niatnya ialah:

Sahaja aku berniat mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

  • Basuh kepala dengan mengusap atau merelaikan rambut secara merata bagi memudahkan laluan air disiram ke seluruh kepala di basahi dengan air dan dilakukan sebanyak 3 kali. Untuk golongan wanita anda perlu lepaskan ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
  • Dahulukn anggota tubuh yang kanan dahulu barulah kiri
  • Setiap basuhan sebanyak tiga kali

Alhamdulillah Selesai.

Jika anda mandi di sungai atau kolah melebihi dua kullah atau kolam besar anda perlu menyelam sebanyak 3 kali bagi meratakan air ke seluruh badan anda disertakan niat sekali dan gosok serta ratakan air pasti terkena seluruh badan.

Niat Selepas Mandi Wajib Boleh Baca DISINI.

Kesimpulan

Akhirnya sekali anda perlu tahu bahawa mandi wajib ini adalah wajib bagi menyucikan diri anda dari berhadas besar, jika anda dalam berhadas besar melambatkan serta melengahkan mandi ini anda sentiasa dalam keadaan berdosa. Untuk kepastian rujuk pakar ulama. Semoga bermanfaat.

 

 

Leave a Reply