Cara Membuang Sihir Dengan Rawatan Islam - SARIP KAY

Cara Membuang Sihir Dengan Rawatan Islam

  • 2 min read
  • Oct 10, 2021
Cara Membuang Sihir Dengan Rawatan Islam

Cara Membuang Sihir Dengan Rawatan Islam | Semakin hari dunia semakin pesat membangun tetapi tetap pemujaan dan penggunaan ilmu sihir semakin banyak berleluasan. Banyak masyarakat menggunakan ilmu sihir ini menjadikan khurafat dan syirik. Pertanyaannya Bagaimana cara membuang sihir ini?

Ustaz Norazri Medzlan merupakan Pengasas at Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur telah kongsikan bagaimana kita boleh membuang sihir yang terkena. Mari baca ..

CARA MEMBUANG SIHIR DENGAN BETUL

Santau atau sihir memberikan kesan sakit kronik pada tubuh badan seperti sakit kanser, ketumbuhan atau sakit kronik yang lain. Bagaimana cara untuk mematikan racun santau atau sihir tersebut?

Yang pertama cari kelapa muda, Minum air kelapa tersebut pada jam lebih kurang 12 tengahari – 1 petang. Minum jangan letak ais batu atau gula ( original ). Sebaiknya minum didalam buah kelapa tu juga, tak perlu pakai cawan atau straw.

Sebelum minum air kelapa tersebut baca surah Al-Fatihah 1x dan surah Taha Ayat 69 sebanyak 3x kemudian doa (contoh: Ya Allah jadikan air kelapa ni sebagai penawar bagi segala penyakit dan racun bagi segala gangguan jin dan syaitan). Minum dengan perlahan diselangi dengan selawat nabi sehingga habis.

Cara Membuang Sihir Dengan Rawatan Islam

Jika ditubuh kita mempunyai racun santau atau sihir kita akan muntah lendir seperti air liur tapi dalam bentuk berbuih-buih. itula bisa-bisa santau yang ada di tubuh seseorang yg terkena santau.

Amalkan minum air kelapa seminggu 2 kali. Insya Allah jika dijadikan amalan racun santau/sihir tidak akan memberikan kesan sampingan pada tubuh kita seperti kanser, ketumbuhan atau sakit-sakit kronik yg lain. InsyaAllah.

Bagi yang ingin mengunakan kaedah tersebut boleh tulis diruang komen “izinkan saya untuk beramal”. Insya Allah nanti saya ijazahkan.

Artikal menarik : Doa Qunut Pendek dan Panjang

InsyaAllah.. Dengan Izin Allah, ini hanya sebagai salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yang ada didalam tubuh badan kita. Jaga atikad kita, Kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan

وَاَ لْقِ مَا فِيْ يَمِيْنِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوْا ۗ اِنَّمَا صَنَعُوْا كَيْدُ سٰحِرٍ ۗ وَلَا يُفْلِحُ السّٰحِرُ حَيْثُ اَتٰى

wa alqi maa fii yamiinika talqof maa shona’uu, innamaa shona’uu kaidu saahir, wa laa yuflihus-saahiru haisu ataa

Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.”(QS. Ta-Ha 20: Ayat 69).

Sumber Artikel : Norazri Medzlan

Semoga perkongsian seperti ini harus menjadi viral dan dikongsi dan ianya bermanfaat kepada semua masyarakat.

 


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *