Cara Mudah Tukar Astro ke NJOI ( Jimat dan Berbaloi ) - SARIP KAY

Cara Mudah Tukar Astro ke NJOI ( Jimat dan Berbaloi )

  • 2 min read
  • Oct 11, 2021
Cara Mudah Tukar Astro ke NJOI ( Jimat dan Berbaloi )

Cara Mudah Tukar Astro ke NJOI ( Jimat dan Berbaloi ) | Semua sedia maklum, dekat Malaysia kalau mahu tengok siaran TV banyak channel termasuk HBO, Sport dan sebagai semestinya langgan Astro, tetapi setiap langganan ada bayaran mengikut budget yang telah ditetapkan. Bagi mereka yang tidak suka ada komitmen bayaran bulanan dan mahukan siaran yang boleh tahan banyak serta sibuk bolehlah cuba Njoi.

Apa Beza langgan Astro atau Njoi?

Astro

  • Ada bayaran bulanan.
  • bayaran mengikut package yang dilanggan
  • pelbagai dan banyak siaran boleh dipilih
  • ada komitmen bulanan

Njoi

  • Sekali bayar sahaja
  • channel siaran terpilih sahaja
  • Ada saluran Radio terpilih sahaja
  • Untuk tambah atau ingin tonton sekejap sahaja contoh supersport anda perlu topup dan buat bayaran sebulan mengikut harga package superport
  • Jimat
  • anda boleh langgan bila-bila masa apabila anda free untuk menonton
  • tiada komitmen bulanan

Artikel viral: Senarai Gaji Kejuruteraan Mekanikal dan setarafnya di Malaysia

Cara Mudah Tukar Astro ke NJOI ( Jimat dan Berbaloi )

Bayaran Ketika Membuat Pertukaran Astro ke Njoi

Apabila pengguna menukar langganan astro ke Njoi anda tidak lagi akan terikat atau komitmen bayar bulanan.

Walaubagaimanapun anda tetap perlu bayar RM50 sekali bayar sahaja untuk bertukar astro ke Njoi.

Anda tetap akan menggunakan dekoder yang sama tidak perlu ada pemasangan yang baru.

Selepas membuat pertukaran akan mengambil masa paling lama 48 jam.

Langkah-langkah Tukar Astro ke Njoi

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini untuk menukar dekoder anda dari langganan Astro ke Njoi.

  1. Sila layari laman rasmi Astro di https://www.astro.com.my
  2. Seterusnya klik pautan “Contact Us”
  3. Kemudian sila klik logo WhatsApp
  4. Pada aplikasi WhatsApp, anda akan dibeerikan secara automatik beberapa pilihan. Sila pilih pilihan “2 – Technical Help”.
  5. Anda terus ikut arahan-arahan yang dinyatakan dalam mesej tersebut
  6. Sila maklumkan yang anda ingin bertukar dari Astro ke Njoi
  7. Bagi tujuan pengesahan, pegawai yang bertugas akan meminta beberapa dokumen diperlukan seperit No akaun Astro dan No Mykad
  8. Jika akaun anda ada bayaran tertunggak, anda diminta untuk bayar tunggakkan itu dahulu
  9. Syarikat Astro akan batalkan langganan Astro anda terlebih dahulu sebelum mengaktifkan permohonan langganan Njoi anda
  10. Pertukaran mengambil masa sehingga 48 jam.
  11. Jika terdapat atau pertukaran tidak berlaku dalam tempoh 48 jam, sila hubungi kembali pegawai Astro dengan mengulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Talian Bantuan Khidmat Pelanggan

Seperti biasa, jika anda mengalami atau ada sebarang pertanyaan boleh rujuk di bawah ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, silakan subscribe untuk info-info terkini. Terima kasih.


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *