Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual - SARIP KAY

Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual

  • 1 min read
  • Jul 13, 2022
Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual

BANGKOK – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag akhirnya membuka mulut apabila menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo tidak akan dijual kerana penyerang itu dalam perancangannya untuk musim depan.

Pendedahan Ten Hag bagaikan memberikan ‘kemenangan’ kepada penyokong tegar United yang tidak mahu melihat bintang veteran berusia 37 tahun itu meninggalkan Old Trafford selepas ini.

artikel berkaitan: Nunez boleh jadi seperti Torres tetapi ‘lebih pantas’ untuk Liverpool

Ketiadaan Ronaldo bersama Red Devils untuk aksi pramusim di Thailand menentang musuh tradisi Liverpool di Stadium Rajamangala Bangkok malam tadi menghangatkan lagi spekulasi mengenai perpindahan kapten Portugal itu.

“Dia (Ronaldo) tidak bersama kami kerana ada masalah peribadi. Kami sedang membuat perancangan untuk Ronaldo musim depan. Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya.”

“Saya telah membaca mengenainya (keinginan Ronaldo untuk berhijrah) tetapi apa yang boleh saya katakan ialah Ronaldo bukan untuk dijual. Dia ada dalam rancangan saya dan kami mahu mencapai kejayaan bersama,” kata Ten Hag.

Sementara itu, pemain Belanda berusia 52 tahun itu dipercayai menggesa pengurusan kanan United segera menyelesaikan pembelian pemain tengah Barcelona, ​​Frenkie de Jong dan pertahanan Ajax, Lisandro Martinez.

“Kami tahu apa yang kami mahu. Bukan sekadar membeli, tetapi kami mahu pemain baharu yang sesuai membawa perubahan kepada pasukan ini,” jelas bekas ketua jurulatih Ajax itu.

Sementara itu, kapten Denmark, Christian Eriksen dijangka menandatangani perjanjian tiga tahun dengan United dan menyertai rakan sepasukan baharunya dalam aksi pramusim akan datang di Australia. – AGENSI

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *