Permohonan Daftar Haji Online Melalui THiJARI - SARIP KAY

Permohonan Daftar Haji Online Melalui THiJARI

  • 2 min read
  • Nov 10, 2021
Daftar Haji Online Melalui THiJARI

Permohonan Daftar Haji Online Melalui THiJARI | Semua orang islam ingin tunaikan rukun islam ke lima. Sudahkah anda telah mendaftar Haji? Jika belum kini anda boleh daftar Haji dengan Online sahaja di THiJARI, boleh daftar untuk sesiapa sahaja.

Untuk makluman, daftar atau buka akaun Tabung Haji tidak bererti anda telah mendaftar haji, anda perlu daftar Haji baru nama anda akan disenaraikan dan menunggu giliran Haji.

Permohonan Daftar Haji Online Melalui THiJARI

Konsep Daftar Haji TH

Sedia maklum, sebelum ini TH telah memperkenalkan sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” sejak dari tahun 1995.

Untuk itu, bagi pendeposit TH mendaftar haji akan diperuntukkan tahun untuk menunaikan ibadah haji mengikut tarikh dan masa pendaftaran haji akan dibuat.

Bagi semua Pendeposit TH telah membuat pendaftaran haji akan layak dipilih untuk menunaikan haji rukun islam ke 5 apabila tiba giliran tahun peruntukan bagi menunaikan haji.

Syarat-syarat Daftar Haji

Untuk layak daftar Haji anda perlu penuhi langkah berikut:-

  1. baki minimun dalam akaun TH sebanyak RM1300.00
  2. Tidak pernah lakukan/tunaikan fardhu Haji
  3. Sertakan dokumen seperti pengenalan diri (MyKad) dan Sijil Kelahiran bagi yang berumur 12 tahun ke bawah ketika membuat pendaftaran haji di kaunter-kaunter TH

Daftar Haji Online Melalui THiJARI

Berita baik, pendaftaran Haji boleh dibuat secara online di THiJARI.

Langkah-langkah untuk daftar seperti di bawah ini:-

  1. Klik https://www.thijari.com.my/
  2. Login atau daftar jika belum daftar lagi
  3. Pergi ke menu Perkhidmatan Haji
  4. Klik Pendaftaran Haji
  5. kemudian klik Icon Tambah Pemohon
  6. Sila isikan butiran anda dalam ruang yang disediakan dengan lengkap
  7. Buat pengesahan
  8. Jika berjaya anda akan dapat notification
  9. Tahun peruntukan untuk pergi Haji akan di update

NOTA: Anda boleh membuat semakan status Haji atau membuat rayuan Haji setelah mendaftar Haji.

Selain dari THiJARI, anda boleh buat pendaftaran haji di :

  1. Kaunter TH dan Kaunter Mudah Alih TH
  2. Rakan Strategik TH
  3. Hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919

Daftar Haji Online Melalui THiJARI

Untuk Kos Haji dan rayuan Haji akan di Update Linknya Nanti. Semoga bermanfaat.

 


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *