Doa Iftitah Di Baca Dalam Solat dan Kelebihan

Doa Iftitah Di Baca Dalam Solat dan Kelebihan | Apakah itu Doa Iftitah di baca dalam solat? Doa di baca selepas kita mengangkat takbiratul ihram dan dikuti Doa ini. Solat adalah tiang agama bagi setiap muslim, Doa adalah senjata bagi orang mukmin, kita digalakan menghafal pelbagai jenis doa termasuk Doa ini yang dibaca ketika solat fardhu dan tahukah anda ia satu doa yang disunatkan ketika permulaan solat iaitu selepas mengangkat takbiratul ihram.

Iftitah bermaksud pembuka, ia dibaca setaip solat fardhu, jika anda terlupa tidak perlu sujud sawi kerana ia rukun sunat dalam solat.

Walaupun doa ini hukumnya sunat tetapi ia banyak manfaat dan kebaikannya apabila anda membaca ketika solat fardhu dan solat sunat.

Kelebihan Doa Iftitah

Sesungguhnya Abu Hurairah menceritakan bahawa:

“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila telah bertakbir memasuki solat (yakni takbiratul-ihram), baginda senyap seketika sebelum mula membaca (al-Fatihah). Lalu aku bertanya baginda; ‘Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku melihat engkau senyap di antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Apa yang engkau ucapkan?’. Baginda menjawab; ‘Aku membaca;

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dan Barat. Ya Allah! Bersihkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana dibersihkan pakaian putih dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah daku dari dosa-dosaku dengan salji, air dan embun”. (Riwayat Imam Muslim)

Kebiasaanya Doa Iftitah yang dibaca oleh Umat Islam di Malaysia adalah:

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha besar lagi sempurna kebesaran-Nya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Antara lain kelebihanya mampu Membuka Pintu Langit. Ada seorang sahabat membaca Doa Iftitah Pendek ini dan Rasulullah s.a.w melihat langit terbuka. Anda boleh baca di DOA IFTITAH PENDEK ini bagi menjelaskannya.

Bacaan Doa Iftitah dan Ertinya

“Allaahu akbaru kabiraa Walhamdulillaahi katsiiraa, wa subhaanallaahi bukratan waashiilaa, innii wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa anaa minal musyrikiin. Innas-sholaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa ana minal muslimiin.”

Ertinya:

“Allah Maha Besar lagi sempurna kebesaran-Nya, segala puji bagi-Nya dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan sore. Kuhadapkan muka hatiku kepada Dzat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan menyerahkan diri dan aku bukanlah dari golongan kaum musyrikin. Sesungguhnya sholatku ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya. Dan aku dari golongan orang muslimin.

Kesimpulan

Seeloknya kita membaca Doa ini agar kita mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah s.w.t. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan anda boleh kongsi.

2 Comments

  1. Suria Amanda July 12, 2021
    • Sarip Kay July 12, 2021

Leave a Reply