Doa Iftitah Pendek Tapi Malaikat Berebut Mencatatnya | Ayat yang di baca sebelum membaca surah Al-fatihah pada rakaat pertama ialah Doa Iftitah
Pengertian Doa Iftitah – Doa iftitah adalah doa yang akan dibaca setelah takbiratul ihram,selepas takbiratul ikhram pertama dalam shalat, dan ia di baca sebelum surah Al fatihah. Doa iftitah ini mengandung harapan berupa doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT.
Tahukah anda ada Doa Iftitah yang Pendek?
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan kisah keajaiban doa iftitah paling pendek tersebut.
Malaikat Berebut Mencatat Kebaikannya
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَجُلاً جَاءَ فَدَخَلَ الصَّفَّ وَقَدْ حَفَزَهُ النَّفَسُ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ. فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- صَلاَتَهُ قَالَ أَيُّكُمُ الْمُتَكَلِّمُ بِالْكَلِمَاتِ. فَأَرَمَّ الْقَوْمُ فَقَالَ أَيُّكُمُ الْمُتَكَلِّمُ بِهَا فَإِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا. فَقَالَ رَجُلٌ جِئْتُ وَقَدْ حَفَزَنِى النَّفَسُ فَقُلْتُهَا. فَقَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَىْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا
Dari Anas bahwa seorang laki-laki datang dan masuk shaff (barisan) sementara nafasnya masih terengah-engah. Lalu laki-laki itu mengucapkan; “Alhamdulillaahi hamdan katsiiron thoyyiban mubaarokan fiih.”
Selepas selesai menunaikan solat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Siapakah diantara kalian yang mengucapkan kalimat sebentar tadi?”
Para sahabat semua terdiam. Beliau mengulangi pertanyaannya; “Siapakah yang mengucapkan kalimat tadi, kerana hal itu tidak bermasalah baginya.”
Lantas lelaki itu pun menjawab; “Saya, sementara nafasku masih termengah-mengah, maka kuucapkan kalimat itu.”
Beliau bersabda: “Tadi aku melihat dua belas malaikat berebut mengangkat ucapan itu.” (HR. Muslim)
ALLAHUAKHBAR!!
Bertapa mulianya ayat doa iftitah yang pendek ini, bermakna dan agungnya ayat doa ini di hadapan ALLAH s.w.t.
Jika anda mengalami kesulitan atau anda datang berjemaah lewat boleh baca doa ini
Doa Iftitah Pendek
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
(Alhamdulillaahi hamdan katsiiron thoyyiban mubaarokan fiih)
Ertinya: Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, baik dan penuh berkah.
Umumnya ada diajarkan oleh Rasulullah s.a.w tentang doa iftitah ini di dalam pelbagai kitab. Semoga perkongsian Doa ini mendapat rahmat dan keberkatan dan pahala di dunia dan akhirat. Amin ya Allah.
sumber : https://webmuslimah.com/
sah ke solat kalau baca doa iftitah pendek?
Sah, tapi kita terbiasa baca iftitah pjg.. ada peristiwa dahulu tentang doa ini. boleh rujuk ustaz yang pakar.