Doa Qunut Nazilah - Rumi dan Kelebihan - SARIP KAY

Doa Qunut Nazilah – Rumi dan Kelebihan

  • 2 min read
  • Jan 08, 2023
Doa Qunut Nazilah
Table Of Content [ Close ]

Doa Qunut Nazilah – Rumi dan Kelebihan | Doa Qunut Nazilah merujuk kepada doa dibaca di dalam solat pada tempat khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله ialah salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.

Ia sunat dibacakan sewaktu umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti saat atau ketika peperangan, wabak, kemarau dan banyak lagi. Qunut Nazilah pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Doa Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah

 

Qunut Nazilah Dalam Rumi

ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fii Nuhuri ‘A-Da ‘Innâ‚ Wa Na-‘Uzuu-Bika Min Shuruu-Rihim‚ ALLâhumma Badid Sham-Lahum‚ Wa Fariqq Jam-‘Ahum‚ Wa Shattit Kalimata-Hum, Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum, Wa Sâlliṭ ‘Alay-Him Kalban Min Kilâbik‚ Yâ Qahaar‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqim‚ Yâ ALLâh‚ Yâ ALLâh‚ Yâ ALLâh‚ ALLâhumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚ Wa Yâ Mujriyya Saḥaab‚ Wa Yâ Hazimal Âhzab Ihzim-Hum Wan-Ṣurna ‘Alay-Him.

Maksudnya: “Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah, “Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Dan menangkanlah ke atas kami.

Dari Segi Hukum

Dalam segi hukum pensyariatan qunut nazilah adalah sunat Hai’ah dituntut ketika ditimpa bala musibah dan dibaca pada setiap solat fardu seperti mana diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi, bahawa Imam al-Syafi’ie berpendapat;

ان نزلت بالمسملين نَازِلَةٌ كَخَوْفٍ أَوْ قَحْطٍ أَوْ وَبَاءٍ أَوْ جَرَادٍ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ قَنَتُوا فِي جَمِيعِهَا وَإِلَّا فَلَا

Maksudnya: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut”.

Waktu Laksana

  • Dibaca ketika melaksanakan solat-solat fardhu sahaja disaat berjemaah atau bersendirian.
  • Boleh juga dibaca semasa i’tidal selepas bangun daripada rukuk dalam rakaat yang terakhir.
  • Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ianya sunat

Kelebihan

  1. Melawan wabak dan kemarau atau malampetaka, Dengan IzinNYA
  2. Meminta bantuan atau pertolongan ketika dalam kesusahan
  3. Untuk mengalahkan musuh

Kesimpulannya, jika kita atau ketika itu telah dizalimi, telah menghadapi wabak penyakit, perperangan dan sebagainya yang dikatakan musibah mahupun malapetaka, boleh di usahakan atau ikhtiar dengan membaca Doa Qunut Nazilah ini dengan IzinNYA, InsyaALLAH akan ada kebaikan dan hikmahnya.

Semoga bermanfaat dan teruskan subscribe untuk terus menerus mendapat info terbaik dan terkini. Terima kasih.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *