Doa Selepas Mandi Wajib Perlu di Sertakan

Doa Selepas Mandi Wajib | Ketahui secara umum, setiap umat islam yang akhil baligh wajib tahu apa dan cara mandi dengan betul. Kenapa kita perlu mandi, bila dan bagaimana. Persoalan yang akan terjawab sila baca sampai habis. Baca Cara dan Doa Mandi Wajib dengan betul klik DISINI.

Kenapa perlu Mandi Wajib?

Kerana untuk menyucikan badan dan roh kita dari hadas besar, jika nak lebih tepat rujuk ahli ulama.

Bila?

Bila anda melakukan hubungan intim, atau bermimpi bagi lelaki, keluar haid bagi wanita, darah nifas selepas bersalin, wiladah yang bersalin dan bagi yang telah meninggal dunia.

Selepas anda selesai melakukannya, ini Doa yang ingin dikongsikan selepas anda selesai mandi wajib.

Doa Selepas Mandi Wajib

Selepas anda selesai mandi wajib dengan sempurna dan betul baca doa ini:

Doa Selepas Mandi Wajib

Asy-hadu Alla ilaha illallahu Wahdahu Lasyarikalah, Wa-Asy-Hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.

Maksudnya:

‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.’

Peringatan:

Seandainya terdapat najis lagi di anggota badan maka wajiblah dibasuh najis itu terlebih dahulu
Mandi junub boleh dirangkumi dengan mandi sunat sekali.

Perbezaan antara cara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.

Setelah mandi hadas besar maka tidaklah lagi diwajibkan mengambil wuduk apabila hendak mengerjakan solat dengan syarat tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wuduk semasa mandi.

Sumber

Ketahuilah anda, suruhan atau perintah mandi wajib ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah, yang maksudnya:

‘Dan jika kamu sedang junub, maka bersuci (mandilah) kamu’

(al-Maidah 5: 6)

Ertinya jika seseorang itu dalam keadaan ia berhadas besar atau junub, jadi wajiblah dia mandi supaya dia tidak lagi berhadas besar dan boleh melakukan ibadah lain dengan baik.

Kesimpulan

Kita harus wajib ketahui cara dan doa yang betul agar ia dilakukan dengan sempurna, malah bagi ibubapa diluar sana ajarilah anak anda cara, langkah dan doa dengan betul. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply