FITNAH AKHIR ZAMAN – TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI

SUBHANALLAH

FITNAH AKHIR ZAMAN

Dunia yang kita duduk pada hari ini,ialah dunia yang telah pun menunjukkan dirinya dan wajahnya pada Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk mikraj iaitu dunia ditunjuk Allah pada Rasulullah dalam bentuk seorang perempuan yang sangat tua,bongkok 3,bongkok yang hampir cecah tanah dan rupa yang sangat buruk.Itulah sebenarnya yg sedang berlaku kepada umat Islam dan umat manusia pada hari ni

Sifat dunia adalah pembohong,maka sebeb itu ketika mana datang dunia kepada Saidina Umar dalam keadaan yang Nabi SAW tengok tu,ketika itulah Saidina Umar berkata
” Wahai dunia,engkau nak tipu,tipulah orang lain jangan tipu aku”

Saidina Umar ni dia tak nak dunia,tapi dunia nak kat dia. Saidina Abu Bakar As-Siddiq ni tak nak dunia,dan dunia tak nak kat dia

Jadi dunia sifatnya penipu dan pembohong,sebagai contoh pada hari yang panas terik,di atas jalan raya atau padang pasir seperti ada air di situ,tapi bila kita sampai takde pun air. Inilah fatamorgana dunia,pembohongan,penipuan dan pendusta.

Maka atas sifat ini,ramai orang kena tipu dengan dunia ni

Contoh,dunia ni semakin bertambah,semakin menyebabkan orang semakin sayang dengan dunia,sedangkan dunia tidak boleh bawa masuk kubur pun

Pendapatan yang kita miliki, menimbulkan salah hati kita sayang,sayang nak buat kebaikan,sedangkan kita sedekah infaq di jalan Allah, semua ni tak habis pun harta kita.Sepatutnya makin keluar duit di jalan Allah,semakin bertambah duit tu.Sifat dunia yang menipu,membuatkan kita rasa bawa keluar duit tu bagi kat orang,nanti habislah duit tu. Keluar duit kerana dunia,ikut hawa nafsu, ini memang la mengurangkan duit.

Timbul para pendusta,ia melengkapkan proses keluar dajj4l.Sebelum keluar dajj4l,melata orang pembohong ni merata- rata.Contoh orang politik,orang yang paling nampak berbohong,pelbagai janji ditawarkan dan banyak janji yang ditawarkan itu tak tertunai dan mereka tidak niat nak tunaikan. Berjanji dan tidak tunaikan adalah sifat orang munafikin,tunjuk seperti orang beriman sedangkan dia tidak beriman. Pendusta ini pulak dipercayai sedangkan tahu dia berbohong.

Dulu kita ingat 2 dos vak_sin tu cukup daa,sekali ada 3 dos,….4 dose…. Rakyat semua kena tipu😢

Tu pasal dajj4l ni jangan percaya syurga dan neraka yang dibawanya..syurga dajj4l adalah neraka dan neraka dajj4l adalah syurga kita.Mereka ini pembohong.

Pembohong2 ini ada dalam media sosial,pembohongan diviralkan ,dan kita percaya siap copypaste lagi,punca kehancuran.

Orang boleh tipu manusia dalam satu masa tapi tak boleh tipu dalam banyak masa,lama- lama terbongkar kebohongan.

Orang yang benar dikatakan dusta.Di zaman ini,kita adalah orang yang benar,orang yang jujur,kita tak lama la duduk bekerja dalam satu tempat tu dan kita mudah dibenci kerana jujur.

Amanah diberi pada pengkhianat,urusan yang berkaitan kena beri pada ahlinya. Contoh mufti kena ada background belajar agama,pemimpin yang dilantik membawa amanah rakyat,Tapi kebanyakkan mereka mementingkan kepentingan diri,tidak membela agama dan bangsa.
Contoh bagi ikan minta kucing jaga,agak- agak apa jadi?

Orang yang jujur dikhianati.orang yang tidak jujur akan menghabiskan semua orang jujur
Nak kawen cukup susah,kerana susah nak cari lelaki dan perempuan yang baik untuk dikahwini .

Orang tak jujur ni,hak orang lain pun dia nak ambil juga.
Orang yang sakit lepas di vak_ sin masih tidak dapat pembelaan lagi,bila kita report tapi dinafikan asbab dari vak_sin.Kezaliman yang melatai alam ini.Allahuakhbar!

Orang yang jahil diberi untuk uruskan hal umum masyarakat. Hari ini ramai orang yang cakap menimbulkan fitnah

Harinni nak bersalaman,kena tanya dulu boleh salam ke. Selepas solat jumaat,takde dah nak bersalaman,sebab takut kena saman,takut dengan cif19
Agama kita telah dirosakkan.

Allah nak bagi kemenangan pada agama,kita kena hadirkan usaha dari pihak kita.

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI-
Kuliah khas
12 Januari 2022

Kredit to Ummu Danish Ummu Dahin


By Sarip Kay

Seorang yang suka menulis apabila ada masa free dan suka berkawan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

No widgets found. Go to Widget page and add the widget in Offcanvas Sidebar Widget Area.