Gadis Menangis Baru Tahu Orang Tersayang Pergi Selepas Habis Latihan

Gadis Menangis Baru Tahu Orang Tersayang Pergi Selepas Habis Latihan | Siapa sangka dan tidak dapat dielakkan lagi, kehilangan seseorang merupakan moment yang sukar untuk diterima kita. Lebih-lebih lagi apabila mereka terdiri daripada ahli keluarga kita, mungkin tak dapat bayang bagaimana perasaan sebak ketika itu.

Sama jugalah seperti nasib yang menimpa individu ini apabila turut diuji dengan pemergian insan tercinta.

Betapa sedihnya dia bila dapat tahu Allahyarham atuk dah pergi.

Menerusi perkongsian nurulnadia972 di laman TikTok, kelihatan sebuah keluarga sedang melawat anak perempuannya yang difahamkan baru selesai menjalani latihan tentera.

Namun, detik gembira pertemuan itu bertukar duka selepas gadis tersebut dikejutkan dengan pemergian atuk kesayangannya.

Family terpaksa sebab tak nak ganggu emosi dia sepanjang latihan.

Gadis Menangis Lepas Tahu Kehilangan Orang Tersayang

Family terpaksa sebab tak nak ganggu emosi dia sepanjang latihan
Sejurus mendengar khabar buruk itu, gadis berkenaan dilihat terkejut seakan-akan tidak percaya akan berita tersebut.

Malah, dia juga mula menangis teresak-esak sebelum ditenangkan oleh ibu serta ahli keluarga lain. Difahamkan, mereka terpaksa merahsiakannya kerana tidak mahu emosi anak terganggu sepanjang menjalani latihan itu.
Stay strong kak, kalau Allahyarham masih ada, mesti dia bangga dengan awak…semoga terus kuat

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati selepas melihat reaksi sebak gadis tersebut. Malah, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat selain mendoakan agar dirinya kuat menerima pemergian insan tercinta.

Asbab Terlalu Rindu, Wanita Sebak Hidu Baju Terakhir Suami Yang Telah ‘Tiada

Wanita Sebak Hidu Baju Terakhir Suami

Kehilangan orang tersayang sudah pasti memberi kesan yang sangat hebat dalam diri seseorang. Bukan mudah rasanya untuk menerima takdir tertulis walaupun semua adalah kehendak dari Allah Maha Esa.

Tidak dapat dinafikan, adakala air mata pasti tumpah tatkala terkenangkan memori bersama insan telah tiada.

Yang hidup pasti akan mati dan akan dihisap amalannya di pandang masyar nanti. Yang masih hidup teruskan perjalanan dan masih diberi peluang untuk bertaubat mahupun menambah amal pahala.

Sedekahkan Al-fatihah pada yang tiada.

Teruskan membaca bersama https://saripkay.com/

 

Leave a Reply