Harimau Muda jumpa Vietnam ( Tuan Rumah ) separuh akhir

Harimau Muda jumpa Vietnam ( Tuan Rumah ) separuh akhir

Harimau Muda jumpa Vietnam ( Tuan Rumah ) separuh akhir | Selepas Team Bolas Sepak bawah 23 tahun negara mengikat kemboja petang tadi dengan jaringan 2-2 telah melengkapkan pusingan dalam kumpulan di tempat ke 2. Jika Malaysia menang Malaysia akan juara kumpulan.

Skuad ‘Harimau Muda’ sah akan berdepan pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam dalam saingan separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2021 di sini, Khamis ini.

Ia susulan kejayaan Thailand muncul juara Kumpulan B apabila menewaskan Laos 1-0 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Thailand yang mengumpul sembilan mata sepanjang aksi peringkat kumpulan akan berdepan naib juara Kumpulan A, Indonesia.

Malaysia melepaskan peluang untuk muncul juara kumpulan bagi mengelak pertembungan sukar dengan Vietnam selepas terikat 2-2 dengan Kemboja dalam aksi petang tadi.

Meskipun sukar, namun tidak mustahil untuk anak buah Brad Maloney mencipta kejutan ke atas Vietnam untuk menempah tiket se final yang akan berlangsung, Ahad ini.


By Sarip Kay

Seorang yang suka menulis apabila ada masa free dan suka berkawan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

No widgets found. Go to Widget page and add the widget in Offcanvas Sidebar Widget Area.