Hati-hati Jika Terjumpa Syiling di lantai - SARIP KAY

Hati-hati Jika Terjumpa Syiling di lantai

  • 2 min read
  • Nov 01, 2021
Hati-hati Jika Terjumpa Syiling di lantai
Table Of Content [ Close ]

Jangan Sesekali Kutip Duit Syiling Yang Anda Jumpa Di Lantai, Sekali Sentuh Merana Hidup. Sebagai contoh anda nak masuk kereta tiba-tiba ada syiling diatas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kerata syiling berkenaan tiada disitu.

Contoh yg kedua… Anda nak keluar rumah tiba-tiba ternampak syiling dihadapan rumah… Jangan terus ambil ya.. Zaman skrg jika org nk si hir, berbagai2 cara.

Syiling dihalaman rumah
Syiling didepan pintu rumah
Syiling disebelah kereta anda
Syiling yang tak tahu asal usulnya

duit syiling

Akibat kianat dari pada sihir syiling yang di saluti tanah kubur…merana 1 badan, bila malam bedenyut bisa-bisa sampai menangis menahan kesakitan. berhati-hatilah bila anda tejumpa si hir sepeti ini… jangan sesekali cuba sentuh, sekiranya tiada keyakinan diri dan doa-doa pendinding diri, sebaliknya sapulah dan terus buang.

Ambil 1jug air dan 3bji limau nipis,perahkan ke dalam jug air,ambil segenggam garam kasar, larutkan bersama air dan perahan limau tadi, kemudian. bacakan doa ini:

Pembatal sihir

Fa-lammâ ‘Alqaw Qâla Muusâ Mâ Ji’tum Bihis-Siḥr; ‘Inna-LLâha Sa-Yubţiluh; ‘In-Na-LLâha Lâ Yuṣ-Liḥu ‘Amalal-Mufsidiin ۝ Wayu-Ḥiqqu-LLâhul-Ḥaqqa Bi-Kalimâ-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun (Ayat 81 – 82) surah yunus.

Kemudian siramkan di tempat tapak@kwasan yang terletaknya syiling yang di jumpai….insyaAllah dengan izin Allah sihir terbatal..

Pendedahan Dean itu turut mendapat perhatian pengikutnya dan ada di antara mereka memberitahu terdapat ahli keluarga yang pernah terkena sihir akibat mengutip duit syiling di atas lantai.

Asyraf menceritakan bagaimana ada ahli keluarganya yang meninggal dunia disebabkan perbuatan syirik selepas mengutip duit yang dijumpai di tepi jalan.

Bukan sahaja dirasuk malah ‘benda’ tersebut bertindak ga nas dan enggan meninggalkan jasad sehingga saudaranya itu meninggal dunia.

“Puncanya kutip duit tepi jalan jer… sampai mening gal disebabkan kena rasvk. ‘benda’ itu marah dan tidak mahu meninggalkan jasadnya,” katanya.

Manakala individu bernama Hidayah pula memberitahu, bapanya pernah mengalami perkara serupa namun bukan mengutip syiling tetapi mengalihkan dua biji ibu lesung yang ditinggalkan di tapak mereka sekeluarga berniaga.

Pelbagai cara digunakan untuk menghantar si hir.

“Tidak tahu siapa yang meletakkan dua biji ibu lesung itu, tetapi ia masih baru dan mempunyai tanda harga. Lepas Abah alihkan, tangannya tidak boleh di angkat,” katanya.

Sementara itu, Dean memberitahu sekiranya tiada sebarang keyakinan diri dan doa-doa pendinding diri, sebaik-baiknya jangan sesekali cuba menyentuh syiling atau wang yang dijumpai.

Dia turut menyarankan agar mengambil satu jag air dan tiga biji limau nipis yang diperahkan ke dalam air, segenggam garam kasar dilarutkan bersama air dan limau.

Kemudian membaca Surah Yunus ayat 81-82 sebagai doa pembatal sihir dan menyiram air di tempat terletaknya syiling yang dijumpai.

“Insya Allah dengan izin Allah sihir itu akan terbatal,” katanya.

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Petuaibu


Related Post :

2 thoughts on “Hati-hati Jika Terjumpa Syiling di lantai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *