POS MALAYSIA - Janji Temu Online Pejabat POS - SARIP KAY

POS MALAYSIA – Janji Temu Online Pejabat POS

  • 2 min read
  • Aug 07, 2021
Janji Temu Online Pejabat POS

POS MALAYSIA – Janji Temu Online Pejabat POS | PKP terus pkp. Kita masih dalam kawalan pergerakan, tidak terkecuali dengan Pos Malaysia yang tidak akan menjejaskan khidmat mereka kepada masyarakat. Mereka terpanggil untuk teruskan pembukaan operasi di setiap pejabat pos dengan bersyarat. Buat janji temu online dahulu.

Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada membuat pengumuman berkenaan perkhidmatan untuk pembaharuan cukai jalan (roadtax) dan lesen memandu akan dibuka semula di setiap Pejabat Pos Malaysia bermula 9 Ogos 2021.

Pihak POS Malaysia menyatakan sesiapa ingin melakukan perkara tersebut harus membuat janji temu secara online dahulu.

Janji temu ini bagi mengelak kesesatan berlaku di pejabat pos nanti dan akan mengakibatkan berlakunya penyebaran covid-19.

Makluman, setiap pelanggan dibenarkan untuk membuat tempahan satu 1 slot temujnaji sehari sahaja dan tidak boleh lebih daripada tiga urusniaga setiap janji temu. Harap maklum.

Sila baca: Cara Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia 

Sila baca: Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021

Kenyataan Penuh dari POS MALAYSIA

POS MALAYSIA - Janji Temu Online Pejabat POS

POS MALAYSIA - Janji Temu Online Pejabat POS

 Cara Tempah Janji Temu Online Pejabat Pos

Di bawah ini, di kongsikan cara atau langkah-langkah membuat janji temu:-

  1. Sila layari laman web Pos Malaysia atau aplikasi POS Malaysia boleh download di playstore atau appstore untuk pengguna Iphone.
  2. Sila pilih menu Outlet Finder.
  3. Anda perlu pilih negeri dan cawangan yang anda akan datang – cawangan pejabat pos.
  4. Seterusnya isikan dengan lengkap temujanji anda.
  5. Penting** Anda perlu simpan slip temujanji /snap gambar atau (screenshot) sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos nanti.

Pelanggang diminta Patuhi SOP

Pelanggang haruslah mematuhi etika SOP ketika hadir ke pejabat pos seperti memakai pelitup muka, periksa tahap suhu anda dan jaga jarak 1 meter ketika berada di pejabat pos dan anda juga perlu imbas dengan menggunakan apps MySejahtera.

Semoga dapat membantu dan memudahkan segala urusan anda.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh ke:-

Pos Malaysia Berhad (HQ),

Dayabumi Complex, 50670 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Tel: +603 2267 2267

Operational hours: Mon – Fri: 8.00am – 5.30pm

 


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *