Kadar Bayaran BKM Fasa 1, 2, 3 & 4 Setiap Kategori - SARIP KAY

Kadar Bayaran BKM Fasa 1, 2, 3 & 4 Setiap Kategori

  • 2 min read
  • Mar 24, 2022
Kadar Bayaran BKM Fasa 1, 2, 3 & 4 Setiap Kategori

Kadar Bayaran BKM Fasa 1, 2, 3 & 4 Setiap Kategori | Ramai yang masih keliru dan bler tentang bayaran kadar BKM Fasa 1, 2, 3 dan 4. Disini saripkay akan bagi maklumat yang mudah difahami oleh kalian semua.

BKM bermaksud Bayaran Keluarga Malaysia.

Ada yang bertanya atau tertanya-tanya bila di bayar, berapa bayaran dan sebagainya.

Ayuh tersukan membaca.

Pada 23 Mac 2022 yang lepas, LHDN telah mengemaskini jumlah kadar bayaran.

Bayaran akan diberikan kepada setiap penerima BKM yang layak pada setiap fasa, iaitu dari Fasa 1 hingga Fasa 4.

Saya tak nak banyak cerita jom kita teruskan kepada point utama kita.

BKM dibayar secara 4 fasa

Fasa 1

Untuk bayaran BKM fasa 1 ialah seperti di bawah ini:

  1. Mempunyai akaun bank – Mulai 28 Mac 2022 berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).
  2. Tiada akaun bank – Mulai 30 Mac 2022 secara tunai di Cawangan BSN.
  3. Pedalaman Sabah / Sarawak – Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Fasa 2

Tarikh pembayaran BKM Fasa 2 adalah pada Jun 2022.

FASA 3

Tarikh pembayaran BKM Fasa 3 adalah pada September 2022.

FASA 4

Tarikh pembayaran BKM Fasa 4 adalah pada Disember 2022.

Jumlah Bayaran BKM Setiap Kategori

Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori seperti berikut:

Kadar Bayaran BKM Fasa 1, 2, 3 & 4 Setiap Kategori

Bayaran dibuat mengikut fasa1 sehingga fasa 4, anda boleh rujuk jadual di bawah ini.

BKM5

Bagaimana Nak Mohon BKM 2022 Ni?

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian
Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

NOTA:
Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau

Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

fasa

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

Jika Permohonan anda ditolak boleh buat Rayuan.

Rayuan BKM akan dibuka bermula pada 2 Mei selama 1 bulan.

Pemohon boleh mengemukakan dokumen untuk semakan semula kelayakan oleh LHDN.

Sumber: https://bkm.hasil.gov.my