KELEBIHAN ISTERI MENTAATI SUAMI - SARIP KAY

KELEBIHAN ISTERI MENTAATI SUAMI

  • 1 min read
  • Jan 25, 2021
KELEBIHAN ISTERI MENTAATI SUAMI

KELEBIHAN ISTERI MENTAATI SUAMI | Di dalam sebuah kehidupan rugi hidup tidak berpasangan, kahwinlah binalah masjid dan beranak pinaklah kerana sebuah perkahwinan itu sungguh mendatangakan kebahagiaan di dunia dan akhirat apatah lagi yang mentaati perintah ALLAH s.w.t. Tahukah anda apa kelebihan seorang isteri yang mentaati suami selagi suaminya tidak ingkar dari perintah Allah dan tidak berbuat dosa atau menyuruh isteri melakukan perkara yang dilarang oleh Allah? Jom baca selanjutnya.

KELEBIHAN ISTERI MENTAATI SUAMI

Kelebihan isteri jika dan wajib taat pada suami ialah:-

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000
ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

**Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”…

Jadilah wanita solehah dan buatlah semampu yang mungkin, kita ini manusia yang fana tak lari dari fitrah kehidupan dan kita semua ada kelebihan dan kekurangan. Jadilah hamba yang terbaik. InsyaAllah.


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *