Kematian Baby Syifa Kebetulan atau Dibunuh?? - SARIP KAY

Kematian Baby Syifa Kebetulan atau Dibunuh??

  • 2 min read
  • Mar 26, 2022
baby syifa

Kematian Baby Syifa Kebetulan atau Dibunuh?? Kita nampak seperti realiti Dan kecuaian atau kemalangan berlaku di mana-mana sahaja.

Sedangkan adakala kemalangan itu dirancang oleh manusia sendiri.

Justice delayed is Justice Denied!

Pulangkan semula Kertas Siasatan (IP) kepada Pihak Polis. Siasat semula kes kematian Baby Syifaa mengikut Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.

Itu sahaja permintaan aku sebagai bapa, kalau PDRM dan AGC tiada kemampuan untuk buat.

Jangan segan untuk mengaku kerana aku ada cara untuk mendapatkan keadilan untuk anak aku bernama Nour Rania Asyifaa Binti Yuseri.

Sekian, terima kasih.

I thank you all‼️

Nota kaki: jaga anak-anak anda 24 jam kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Baby Syifababy syifa

 

ACP Nanda Maarof, OCPD Seremban – aku tahu polis sudah siasat menyeluruh mengikut cerita Pengasuh.

Jawab soalan aku, adakah kesan di leher Baby Syifaa konsisten dengan jerutan kain atau tali?

Berapa lama kau jadi Polis? Kenapa tak berani komen lebih? Apa benda yang kita sedang berdepan? Kita baca sikit kenyataan OCPD:

“Siasatan kes itu sudah lengkap dan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Saya tidak boleh (komen) kata ada unsur jenayah atau tidak tunggu keputusan pihak pendakwa raya..”

Akhir sekali, ketika aku beri keterangan depan IO, kamu menghubungi IO arah siasat lebih detail siapa bapa Baby Syifaa?

Apa special sangat aku ni? Nak main, mari kita main! Laporan kenyataan terbaharu OCPD Seremban klik:

Bapa Nour Rania Asyifaa dakwa anaknya dijerut

AGC pulangkan fail kes Baby Syifaa dan Polis perlu siasat semula klasifikasi kes mengikut Seksyen 302 ataupun 304 Kanun Keseksaan.

Peguam pemerhati bagi keluarga, Tetuan Amin Chambers akan uruskan tindakan selanjutnya.

Jadi, OCPD Seremban, jangan buat kenyataan tanpa ada maklumat lanjut. Berhati-hati dalam setiap kenyataan anda buat.

Sehingga sekarang satu panggilan telefon pun aku tak terima daripada pihak berkuasa.

Justice delayed is Justice Denied‼️

I thank you all.

Hanya Allah SWT mampu balas jasa tuan puan semua.

Klik link nak lihat video explain Dari Bapa Mangsa

🌹🇲🇾

#Justice4BabySyifaa #FuckAGC

Nota kaki: bila usik keluarga, dari orang biasa saya boleh jadi orang luar biasa.

 

Marilah sama-sama kita mendoakan yang Terbaik Dan dipermudahkan segala urusannya.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.