Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Ia Tetap Tidak Gembira

Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Ia Tetap Tidak Gembira

  • 1 min read
  • Jun 08, 2021
Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Ia Tetap Tidak Gembira

Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Ia Tetap Tidak Gembira | Lelaki mana nak gembira jika hanya menang dalam samannya jika hati atau cintanya berkecai.

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh memerintahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada seorang lelaki, Abu Baharin Abu Bakar akibat kecuaian sehingga hilang kaki kanannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Elisabet Paya Wan memerintahkan hospital terbabit membayar ganti termasuk pampasan bagi perbelanjaan anggota palsu dan kehilangan pendapatan selepas tuntutan saman dikemukakan plaintif.

Walau bagaimanapun, lelaki berusia 34 itu tidak tersenyum malah turut mengatakan kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Lelaki Menang Saman RM1.3 Juta Terhadap Hospital Melaka, Namun Ia Tetap Tidak Gembira

Ini kerana setelah mengalami kecacatan fizikal tersebut, hubungan dia dan isterinya menjadi tegang sehingga wanita itu mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

“Saya tidak mempunyai kehidupan yang sempurna sekarang. Isteri dan anak lelaki berusia lapan tahun tidak bersama saya. Saya berasa sunyi dan kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri,” katanya.

Video berkaitan:-

Terdahulu, lelaki berasal dari Klebang itu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana masalah lutut akibat kemal4ngan motosikal pada 2015 sebelum pihak hospital melakukan prosedur pembedahan yang salah.

Sumber : The Star/ Oh My Media / sajagempak