Cara Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

Cara Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia – Berikut perkongsian terkini panduan Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia.  Sebelum itu, tahukah apa itu HRMIS dan Fungsinya? HRMIS nama panjangnya Human Resource Management Information System (HRMIS 2.0) adalah Aplikasi Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Fungsinya ialah memproses operasi pengurusan sumber manusia Penjawat Awam dengan lebih sistematik dan berintegriti bagi berdaya saing serta bermaklumat.

HRMIS 2.0 adalah naiktaraf dari HRMIS 1.0 untuk penambahbaikkan dan bersistematik malah mudah dikendalikan. Sistem ini digunakan pakai oleh seluruh penjawat awam seperti badan berkanun, GLC dan kerajaan penuh contohnya IPTA, Politeknik, KPM, guru-guru, Kementerian dan banyak lagi.

Fungsi HRMIS ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Faedah, Pengurusan Cuti, Pengurusan Saraan Pengurusan Perubatan dan lain-lain.

Nota* Sistem HRMIS 2.0 hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer 10+, Chrome 39+, Firefox 30-39, Safari 5+ dan Chrome for Android dan bagi sistem Aplikasi klasik anda boleh layari menggunakan Internet Explorer versi 11.1884.14393.0 dan ke bawah sahaja.

Cara Login HRMIS 2.0 Page

Anda boleh mengakses portal HRMIS (seperti dalam gambar) melalui URL http://www.eghrmis.gov.my/

Panduan Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

anda boleh lihat gambar di bawah ini untuk langkah demi langkah.

Panduan Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

Untuk maklumat anda, pihak JPA juga menyediakan Aplikasi untuk pengguna Mobile, anda boleh masuk playstore untuk pengguna androind atau App store untuk pengguna iphone taip ‘ myHRMIS Mobile ‘ .

Antara yang anda boleh lakukan di aplikasi myHRMIS ini ialah

  1. myHRMIS Cuti – menyemak kelayakan cuti, memohon cuti, melulus cuti
  2. myHRMIS Profil – maklumat peribadi, pendidikan, anugeras
  3. myHRMIS eGL – memaparkan maklumat dan gaji pegawai, menjana eGL

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan anda boleh rujuk di bawah ini :-

  • Alamat : Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pejabat Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya Malaysia
  • No. Telefon HRMIS : 03-8321 1400
  • Fax : 03-8324 2420
  • E-mel : hrmis@deskjpa.gov.my
  • Laman web rasmi: myHRMIS 2.0

Terima kasih kerana mengujungi dan baca Cara Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia, semoga bermanfaat dan membantu anda.

2 Comments

  1. Sathuranga Vettai April 24, 2021

Leave a Reply