Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran Berapa Ya? - SARIP KAY

Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran Berapa Ya?

  • 2 min read
  • Feb 28, 2021
Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran

Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran Berapa Ya? | Kahwin? Siapa tidak mahu berkahwin, setiap pasangan bercinta mahu pun lelaki atau wanita pasti ingin berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Dalam sebuah perkahwinan wajib ada Mas Kahwin. Mas Kahwin berupa wang ringgit haupun barang, nilaiannya berbeza mengikut Negeri masing-masing termasuk Negeri Kelantan.

Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran

Mas Kahwin bermaksud Mahar yang wajib diberikan oleh pengatin lelaki kepada pengantin wanita sebagai satu ikatan pernikahan.

Mengikut Abu Hanifah, isteri ada hak mendapat mas kahwin atau mahar apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin ini menjadi hak sah kepada isteri. Suami mahupun keluarga lelaki atau wanita tiada hak untuk mengambil walau sikit kecuali atas kebenaran si isteri. Anda Faham?

Firman Allah SWT  bermaksud: “ Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.”(Surah An-Nisaa-Ayat 4) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari)

Nilai Mas Kahwin ini mengikut negeri masing-masing anda perlu tahu sebelum kahwin ya.

Baca ini:- Doa Iftitah Pendek Tapi Malaikat Berebut Mencatatnya

Bagi Wang Hantaran pula adalah satu benda seperti wang hantaran yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Contohnya, wang hantaran Rahim kepada Rahimah adalah RM10000 setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Anda faham? Tetapi wang hantaran ini bukan kepunyai mutlak oleh isteri, ia boleh diguna pakai untuk membayar perkara dalam majlis contohnya, khemah, pelamin dan sebagainya.

Masalah yang berlaku pada masyarakat kita sekarang ialah terlalu mengikut trend dan mereka ingat Mas Kahwin dan Wang Hantaran adalah sama.

Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran

Mas Kahwin Bagi Negeri Kelantan ialah :

Bujang : – TIADA HARGA DITETAPKAN

JANDA :- TIADA HARGA DITETAPKAN

Bermaksud mas kahwin boleh letak nilai berapa, terpulang kepada anda hanya di NEGERI KELANTAN SAHAJA.

Bagi pasangan yang ingin berkahwin di Negeri Kelantan atau Pasangan dari Kelantan baca SOALAN LAZIM ini dan faham apa yang anda perlu lakukan seperti pendaftaran dan sebagainya.

Yang pentingnya ialah Mas Kahwin Wajib dan Wang Hantaran Tidak Wajib.

Permudahkanlah majlis perkahwinan anda.

Rasulullah SAW juga menggalakkan kita agar mempermudahkan mas kahwin:

“Kebanyakkan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mas kahwin)”

Untuk maklumat lanjut perkahwinan di negeri Kelantan boleh rujuk di bawah ini:-

HUBUNGI KAMI

T (+609) 744 3633 / 7446221 
F (+609) 744 6685 / 7419101
HOTLINE PENGUATKUASAAN :(+609) 7419102
Web: www.jaheaik.gov.my
Email: jaheaik (at) kelantan.gov.my

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan

 Buka di Google Maps