Mas Kahwin Negeri Selangor Bujang atau Janda

Mas Kahwin Negeri Selangor Bujang atau Janda | Mas kahwin dan wang hantaran adalah sesuatu yang berbeza, mas kahwin wajib ada dalam sesuatu perkahwinan dan telah ditetapkan mengikut negeri termasuk negeri Selangor. Bagi wang hantaran pula bergantung kepada individu antara pasangan dan keluarga pasangan mengikut persetujuan dengan kata sepakat.

Pasal Wang Hantaran tidak wajib dalam sesebuah perkahwinan bergantung kepada pasangan dan keluarga itu sendiri. Kahwin adalah satu perkara penting dalam kehidupan setiap individu di dunia ini, amat rugi jika anda tidak mendirikan rumahtangga.

Mas Kahwin bermaksud Mahar yang wajib diberikan oleh pengatin lelaki kepada pengantin wanita sebagai satu ikatan pernikahan.

Mengikut Abu Hanifah, isteri ada hak mendapat mas kahwin atau mahar apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin ini menjadi hak sah kepada isteri. Suami mahupun keluarga lelaki atau wanita tiada hak untuk mengambil walau sikit kecuali atas kebenaran si isteri. Anda Faham?

Firman Allah SWT  bermaksud: “ Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.”(Surah An-Nisaa-Ayat 4) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari)

Baca ini :- Mas Kahwin Negeri Kelantan dan Wang Hantaran Berapa Ya?

Bagi Wang Hantaran pula adalah satu benda seperti wang hantaran yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak. Contohnya, wang hantaran Sarip kepada Saripah adalah RM10000 setelah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Anda Faham? Mesti fahamkan.

Tetapi wang hantaran ini bukan kepunyai mutlak oleh isteri, ia boleh diguna pakai untuk membayar perkara dalam majlis contohnya, khemah, pelamin dan sebagainya.

Masalah yang berlaku pada masyarakat kita sekarang ialah terlalu mengikut trend dan mereka ingat Mas Kahwin dan Wang Hantaran adalah sama.

Bagi yang ingin mengetahui SOALAN LAZIM boleh klik DISINI agar anda lebih mudah untuk faham.

Mas Kahwin Bagi Negeri Kelantan ialah :

Mas Kahwin Negeri Selangor Bujang atau Janda

Bujang : – RM 300

JANDA :- RM 300

Hukum Penetapan Kadar Maskahwin Bagi Negeri Selangor

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

Semoga artikal Mas Kahwin Selangor bermanfaat kepada bakal-bakal yang akan mendirikan rumahtangga. Dan juga semoga hingga ke jannah, Amin..

HUBUNGI KAMI

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Visit : https://www.jais.gov.my/

ALAMAT

BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH, TING.1 MENARA SELATAN,

No.2 PERSIARAN MASJID,SEKSYEN 5

SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

40676

Tel     : 03-55143400

Fax    : 03-55103368

Emel  : info@jais.gov.my

“Berkhidmat Kerana Allah Untuk Negara”

Alamat Mufti Selangor:-

Jabatan Mufti Selangor, Tingkat 7 & 8,
Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 Telephone : 03-55143739
 Fax : 03-55197584
 E-mail : mail@muftiselangor.gov.my
Location Map

Leave a Reply