Mohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Mohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

  • 1 min read
  • Jun 08, 2021
Mohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Mohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan | Berita baik, bagi golongan perpendapatan rendah mahu pun dibuang kerja boleh membuat permohonan bantuan kahs, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana kes jangkitan covid meningkat dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah membuka peluang permohonan bantuan iaitu Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0.

Untuk pengetahuan semua, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 pada 12 Mei 2021 iaitu sebelum umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.

Namun begitu, kes COVID-19 semakin meningkat tinggi dengan mendadaknya, kerajaan mengambil keputusan mengetatkan pelaksanaan PKP 3.0 dengan pelaksanaan total lockdown bermula 1 Jun hingga 14 Jun. Kemungkinan akan sambung jika kes masih tinggi.

Namun begitu, pihak MAINS telah memperkenalkan bantuan ini bagi membantu golongan terjejas di Negeri Sembilan.

Mohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Syarat-syarat Permohonan

Bagi rakyat yang terjejas dan anda boleh memohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, pemohon perlulah penuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Bermastautin di Negeri Sembilan.

Cara-cara Memohon

Cara buat permohonan bantuan zakat, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari pautan iaitu https://bit.ly/3p5UjBV.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  • Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  • Kad pengenalan pemohon.
  • Kad pengenalan pasangan (sekiranya berkahwin).
  • Penyata akaun bank pemohon.

Semoga bermanfaat.


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *