Mohon Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021) -

Mohon Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021)

  • 2 min read
  • Jun 08, 2021
Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021)

Mohon Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021) | Berita Gempar, pelajar lepasan SPM 2020 akan mengetahui keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021 ini, Fasa Pengemaskinian UPU secara online hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan diumumkan.

Jangan berlengah dan peka, anda boleh kemaskini dan semak permohonan UPU online anda sebelum terlambat.

Selain  itu, program-program yang tidak tepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Oleh itu, anda boleh memohon dan membuat pilihan baru dari senarai baru yang dikeluarkan berdasarkan keputusan SPM anda.

Baca ini:- Semak Keputusan SPM 2020 pada 10 Jun ini 

Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM (Mulai 10 Jun 2021)

Sila buat kiraan merit anda dan letakkan serta pilih program ynag tertinggi untuk senang dan peluang untuk anda lepasi dan mendapat keputusan yang baik nanti. Jangan tunggu last minit baru nak kemaskini kerana dikhuatiri time itu line online tengah sibuk membuat anda susah untuk kemaskini permohonan anda.

Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline

Bagi pemohon kategori SPM, STPM dan STAM anda boleh kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Cara Kemaskini UPUOnline

cara lengkap untuk anda buat kemaskini seperti di bawah ini:-

  • Buat kemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka waktu diumumkan nanti ]
  • Seterusnya, klik bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  • Sila Log masuk seperti biasa.
  • Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  • Selesai kemaskinian, sila klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM

Kesimpulan

Sila peka dan prihatin pada diri sendiri, semoga dapat keputusan yang baik dan mengejar cita-cita anda.

Maklumat Lanjut

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE : 03 8870 8200
FAKS : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL : upu@mohe.gov.my