Kenapa Mudah.my Ramai Kaki Scammer? - SARIP KAY

Kenapa Mudah.my Ramai Kaki Scammer?

  • 2 min read
  • Aug 15, 2021
Mudah.my Ramai Kaki Scammer

Kenapa Mudah.my Ramai Kaki Scammer? | Lama tak menulis rasanya, kali ni saya nak kongsikan beberapa pengalaman saya sendiri dengan menjadi pembeli atau penjual di platform mudah.my. Jom teruskan membaca.

Apa itu mudah.my? Tempat di mana orang ramai boleh menjual pelbagai jenis barang dan peniagaan dan tempat orang ramai mencari produk baru atau second atau pun service dan banyak lagi. Ia juga dipanggil marketplace.

Baca ini: Ayat Kursi Rumi dan Maksud 

Pengalaman pertama – saya pernah beberapa kali menjual jam tangan dan duit lama, selalu duit lama akan ada scammer. Di mana banyak nombor telefon luar adakala nombor telefon dari Malaysia juga. Yang sebenarnya saya selalu dapat call atau whatsapp dari mereka, selagi tidak jawab mereka akan teruskan hubungi.

Yang pakai nombor telefon Malaysia senang kita nak trace mereka, dengan cara percakapan jika mereka call, jika whatsapp atau chat di mana-mana apps anda sudah pasti scammer guna translater untuk guna bahasa melayu, dekat situ mereka boleh kantoi dengan penggunaan ayat skema dan salah.

Jika dari luar kena hati-hati, saya selalu jual duit lama kena scam dengan mat salleh, cara mereka scam bijak kena dengan tempat dan waktu cuma kantoi dari segi bayaran yang lumayan dan kita perlu deposit.

Jadi berhati-hati dengan mereka ini, jangan mudah terpedaya dengan teknik dan cara mereka scam.

Pengalaman kedua – Kali ini saya yang ingin membeli barangan secondhand/used. Saya pernah nak beli Jam G-shock second dengan harga murah sikit dari harga second yang biasanya, contoh jam gshock polis evo second dalam RM200-230 bergantung pelbagai faktor. Jado seorang brother ni bagi harga bawah dari itu iaitu dari RM150-180. Jadi saya sembang seperti biasa, memang real mintak gambar pun dapat real, selepas bankin, masih boleh sembang dan tanya still jawab lagi. Keesokkan harinya, senyap, no kita dia block, akaun dekat mudah dia padam, terkena saya.

Kenapa Ramai Scammer

1. Di mudah.my kita terdedah pada maklumat diri atau syarikat kepada pelanggang untuk memberi kepercayaan kepada pembeli tetapi diambil kesempatan oleh kaki scammer.

2. Mereka terlalu terdesak untuk dapatkan duit dengan cepat dan nak kaya.

3. Tiada hati perut dan tidak bertanggungjawab.

Tips Berjaga-jaga dari terkena Scam

1. Jangan terburu-buru membuat setiap keputusan.

2. Perhatikan ayat sembang atau ayat whatsapp baca dan faham, adakala mereka guna bahasa yang tidak betul dan tepat.

3. Jangan terlalu dedahkan maklumat terlalu terperinci

4. Berdoa agar dipermudahkan.

Kesimpulan – Jangan terlalu yakin atau leka, harus berhati-hati dengan setiap tindakan kita buat dan berharap pada tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Semoga bermanfaat.


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *