MySalam – Semak, Mohon dan Proses Tuntutan, Penerima BSH atau BPN Layak Automatik

Penerima BSH atau BPN Layak Automatik MySalam, Semak, Mohon dan Proses Tuntutan | Tahukah anda apa itu MySalam? mySalam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberi oleh Kerajaan untuk perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Syukur kepada Allah, dengan adanya mySalam ini dapat mengurangkan bebanan kepada warga yang dalam kekurangan dari segi kewangan.

MySalam - Semak, Mohon dan Proses Tuntutan, Penerima BSH atau BPN Layak Automatik

 

Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam ini?

Sedia maklum, Kerajaan mengambil berat tentang rakyatnya, Oleh itu Kerajaan telah sediakan satu skim pelindungan kesihatan sosial untuk bantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Wang diperuntukan untuk program mySalam

Untuk dana permulaan, tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.

Anda boleh baca Soalan Lazim DISINI

Kelayakan MySalam

  1. Penerima BSH atau BPN layak automatik mySalam
  2. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
  3. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
  4. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Baca ini : Login SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Analisis Peperiksaan Sekolah

Cara Mohon dan Semak MySalam

Untuk daftar, mohon dan semak Skim Perlindungan MySalam, adalah perlu layari https://www.mysalam.com.my/

Cara Tuntutan MySalam

Langkah untuk buat tuntutan MySalam

  1. Layari laman web
  2. Login dengan masukkan No IC dan password akan di hantar melalui ‘sms’
  3. klik ‘Download Form’ dan “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  4. Serah kepada Doktor dan diisi dengan penuh serta lengkap.
  5. Setelah siap anda perlu login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  6. Isi maklumat yang diperlukan upload dokumen berkenaan dan klik ‘ Summit’

Jika anda berjaya, wang akan terus dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019

45 Senarai Penyakit Yang Boleh Dituntut

  1. Alzheimer/ Demensia teruk
  2. Angiolplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningtis Bakteria
  4. Tumor Otak Benign
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan otak
  7. Kanser
  8. Kardiomipati
  9. Anemia Aplastik Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  16. AIDS gejala penuh
  17. Hepatitis Viral Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV
  21. Kegagalan Buah Pinggang
  22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
  23. Hilang keupayaan bertutur
  24. Trauma kepala major
  25. Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrofi Otot
  29. Lumpuh anggota badan
  30. Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmoneri Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Serius
  33. Strok/ Angin Ahmar
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistematik
  36. Kelecuran Tahap 3
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Penyakit Untut
  45. Penyakit Lembu Gila

Semoga perkongsian ini anda dapat kongsikan kepada penerima lain atau saudara mara anda kerana masih ramai lagi tidak tahu kewujudan MySalam ini dan semoga ia menjadi manfaat yang baik kepada penerima.

TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

Leave a Reply