Panduan Daftar Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

Panduan Daftar Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

Jika anda memiliki akaun bank rakyat pastinya rugi jika anda tidak memiliki akaun bank rakyat online. Nak tahu kenapa? Kerana adanya akaun irakyat online atau dikenali internet banking ini anda boleh melakukan apa sahaja tidak perlu ke kaunter atau mesin atm melainkan anda memerlukan wang ditangan anda.

Dengan adanya kemudahan ini akan memudahkan kerja anda dan menjimatkan masa anda dalam melakukan apa-apa proses yang di tawarkan dalam internet banking di iRakyat ini. Mudahkan?

Panduan Daftar Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

Panduan Daftar Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

Langkah Pertama – Untuk memiliki akaun iRakyat ini anda perlu melakukan perkara berikut:-

  1. Hadir di mana-mana mesin ATM Bank Rakyat berdekatan.
  2. Seterusnya, masukkan PIN ATM Anda.
  3. Tekan menu Others.
  4. Tekan menu Internet Banking TPIN.
  5. Masukkan nombor telefon dan TPIN.
  6. Dapat resit dari mesin ATM dan Selesai.

Nota kaki:- Hafal no PIN anda kerana number pin ini hanya aktif dalam masa 24 jam sahaja kerana dalam resit tidak dinyatakan atas dasar keselamatan.

Langkah Kedua – Daftar Bank Rakyat Online (irakyat.com.my)

  • Layari laman web https://www.irakyat.com.my.
  • seterunya, tekan butang Login. Pada drop-down menu, pilih Personal Banking.
  • Tekan butang Register.
  • Pilih I have a Bank Rakyat MyDebit Card-i/Credit Card.
  • Lengkapkan maklumat anda mengenai kad debit/kredit.
  • Pada Card Type, pilih jenis kad yang anda ingin gunakan untuk melakukan pendaftaran. Misalnya, pilih ATM (MyDebit) Card.
  • Kemudian, lihat pada ATM Card Number, taip atau masukan no kad anda yang tertera di hadapan kad anda.
  • Pada Mobile No., masukkan nombor telefon yang aktif yang telah anda daftarkan ketika di mesin ATM.
  • Masukkan T-PIN anda yang anda peroleh daripada mesin ATM.
  • Selepas itu, tekan butang Next. (Bahagian State dan Branch Name adalah pilihan untuk diisi, dan juga merupakan maklumat untuk cawangan Bank Rakyat tempat anda mendaftar akaun bank anda).
  • Pada ruangan TAC, masukkan nombor TAC lapan digit yang akan dihantar sms melalui no telefon yang ada daftar tadi
  • Tekan butang Next.
  • Masukkan username, kata laluan dan email. Data ini berfungsi sebagai kod akses Anda login ke internet banking iRakyat. Dan isi apa yang patut seperti maklumat anda dan sebagainya.
  • Sila baca terma dan syarat, selepas itu semak ruangan Accept. Tamat, sudah selesai

Sebarang kesulitan anda boleh hubungi terus Bank Rakyat:-

24 jam tele – Rakyat

Tel No 1-300-80-5454
International calls 03-55269000
Email telerakyat@bankrakyat.com.my

Alamat:- Public Complaints Bureau Unit, Customer Service Bank Rakyat,
Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat, 
50470 Kuala Lumpur

Semoga perkongsian ini amat-amat membantu anda.

One Response

  1. Charanjeet Singh February 17, 2021

Leave a Reply