Permohonan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ)

Permohonan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ) | Tahukah anda, kini anda boleh melakukan pelbagai perkhidmatan online melalui Portal JPJ Online iaitu MySikap. Kali ini admin akan sembang tentang cara tukar hak milik kenderaan hanya online sahaja.

Kenapa anda melakukan pertukaran hak milik kenderaan? Ini jawapannya

  • Proses jual beli kenderaan.
  • Pertukaran harta kenderaan
  • dan banyak lagi atas sebab-sebab yang munasabah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus dan berkesan.

Info Bantuan Rakyat Malaysia : t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Di antara perkhidmatan online di Portal MySikap JPJ yang telah disediakan seperti berikut:

  • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM) / roadtax
  • Pindah milik sukarela
  • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
  • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
  • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.

Tanpa berlengah lagi, kami ingin kongsikan langkah demi langkah cara tukar milikan kenderaan anda hanya secara atas talian/online.

NOTA KAKI: Sebelum mulakan tukar milik kenderaan secara online, anda wajib berdaftar sebagai pengguna Portal MySikap (ID Advanced).

Cara Pendaftaran MySikap secara Online

i) Cara Daftar MySikap (Standard ID)

Bagi pengguna Standard ID, anda boleh daftar secara online sahaja..

Cara-caranya:

  • Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  • Isikan butiran yang bertanda * sahaja
  • Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  • Klik Teruskan
  • Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  • Klik Teruskan.
  • Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  • ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

ii) Cara Daftar MySikap (Advanced ID)

Bagi pendaftaran pengguna Advanced ID pula, pendaftar perlu hadir ke cawangan JPJ berdekatan bagi membuat pengesahan cap jari.

Caranya:

Hadir ke cawangan JPJ berhampiran
Dapatkan Nombor Rujukan Pendaftaran ID Portal MySikap
Layari www.jpj.gov.my
Klik Daftar
Klik Log Masuk Kali Pertama
Isi semua maklumat yang diperlukan beserta Nombor Rujukan yang diperolehi dari cawangan JPJ tadi (mesti didaftarkan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan)
Sahkan dan klik Hantar
Tunggu notifikasi Pendaftaran Berjaya dan semak e-mel untuk mendapatkan kata laluan sementara.
Log masuk kali pertama menggunakan kata laluan sementara yang diberikan.
Tukar kata laluan sementara kepada kata laluan pilihan anda.
Selesai.
Kini anda boleh membuat 38 perkhidmatan JPJ secara online!

Jom kita ke langkah-langkah untuk pentukaran hak milik kenderaan seperti di bawah ini.

Cara Tukar Hak Milik Kenderaan Online (Portal MySikap)

i) Bagi Pemilik Berdaftar

Berikut adalah panduan Tukar Milik Kenderaan bagi Pemilik Berdaftar:
1. Layari laman web www.jpj.gov.my
2. Pilih perkhidmatan MySikap
3. Log masuk
4. Pilih menu Kenderaan
5. Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
6. Masukkan Nombor Pendaftaran Kenderaan
7. Klik Teruskan
8. Klik Sah & Teruskan
9. Masukkan maklumat e-mel pendaftar dan pemilik baharu
10. Klik Seterusnya
11. Cetak Resit sebagai rujukan
12. Tamat, anda berjaya membuat pendaftaran.
Tukar Hak Milik
Tukar Hak Milik Kenderaan

ii) Bagi Pemilik Yang Baharu

Ini adalah Panduan Tukar Milik Kenderaan bagi Pemilik yang Baharu:

1. Layari laman web www.jpj.gov.my

2. Pilih perkhidmatan MySikap

3. Log masuk

4. Pilih menu Kenderaan

5. Pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)

6. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan

7. Klik Seterusnya

8. Pengisytiharaan Kenderaan – Pilih Semenanjung

9. Klik Setuju

10. Masukkan maklumat pembayaran (Kad Kredit / Debit)

11. Klik Bayar

12. Buat pengesahan pembayaran

13. Selesai dan berjaya.

14. Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran.

Permohonan Tukar Hak Milik Kenderaan Online
Tukar Hak Milik Kenderaan Online
*Sumber infografik: Unit Media Komunikasi Korporat JPJ Negeri Kedah / harianpost
Semoga perkongsian ini sikit sebanyak membantu anda dalam permahaman dan memudahkan proses pertukaran hak milik kenderaan.
Maklumat Lanjut

Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

Hotline JPJ : 03 8000 8000

https://www.jpj.gov.my/

4 Comments

  1. Rahmat Bin Abdul Rahman July 21, 2021
    • Sarip Kay July 21, 2021
  2. ummi nani July 21, 2021

Leave a Reply