Cannot Brain – 70 peratus wanita Malaysia tolak lelaki gaji bawah RM5,000

Cannot Brain Р70 peratus wanita Malaysia tolak lelaki gaji bawah RM5,000 | Ini hanya kaji selidik jangan terlalu terikut, tak semua wanita diluar sana seperti yang akan dinyatakan di bawah ini, ada juga sanggup senang dan susah bersama, cinta itukan buta. Jangan pernah takut untuk berkahwin. Nampaknya ramai lelaki Malaysia yang takut nak berkahwin lepas baca kaji selidik ini. Realiti sememang seimbang bukan terlampau ikut kajian, mungkin wanita berkerjaya mahu lelaki yang bergaji besar kerana atas dasar tertentu. Jtadi jangan pernah takut ya wahai kaum adam, kaum adam zaman sekarang pandai pickup line, ayat powerkan.

Kaji selidik yang dilakukan Sweet Ring baru-baru ini mendedahkan, kebanyakan wanita Malaysia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan bawah RM5000 sebulan.

Memetik laporan China Press, laman sesawang cari jodoh itu mengumpulkan maklumat daripada 500 responden rakyat Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita inginkan pasangan mereka bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah mereka setuju untuk berkahwin.

Ada yang sanggup tak nak kahwin jika gaji kurang dari RM5,000

Rata-rata wanita yang terlibat dengan kaji selidik itu turut mendedahkan, jika gaji minimum tidak menepati syarat tersebut, mereka sanggup membujang daripada berkahwin.

Manakala 30 peratus responden wanita menunjukkan, mereka sanggup menerima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Bagi lelaki, gaji RM3,000 dah boleh kahwin

Namun bagi pandangan lelaki berbeza pula. 60 peratus daripada lelaki menganggap gaji diantara RM3,000 hingga RM5,000 sudah mencukupi untuk berkahwin dan mereka tidak kisah dengan gaji isteri.

Maknanya lelaki bergaji bawah RM3,000 tiada siap yang nak? Agak-agak berapa anggaran gaji lelaki yang wanita Malaysia inginkan?

Bersabarlah wahai lelaki, akhir zaman wanita lagi ramai pada lelaki, akhir sekali mereka yang sememangnya ingin berkahwinan tidak akan melihat lelaki itu semata-mata kaya harta. Tepuk dada tanya jodoh anda.

Sumber: http://cempedakcheese.com/

Leave a Reply