Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari - SARIP KAY

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

  • 2 min read
  • Oct 27, 2021
Bantuan Kuarantin RM100

Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari | Permohonan bantuan ini diberi kepada mereka yang memerlukan dan telah dijangkiti atau dirawat kerana covid-19. Bantuan yang diberikan ini bolehlah meringankan beban rakyat dan mengurangkan risiko stress yang dihadapi.

Siapa Yang Beri Bantuan RM100 Ini?

Agensi yang terlibat ialah NADMA. NADMA adalah salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia berfungsi untuk memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat daripada COVID-19.

Jika anda dijangkiti atau dirawat anda boleh membuat permohonan bantuan one-off dengan NADMA.

Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

  • Setiap permohonan diberi bantuan RM100 sehari kepada mereka yang dirawat di Hospital dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan covid-19.
  • Untuk tempoh kelayakan maksimum akan terima bantuan sebanyak RM100 sehari sehingga 14 hari (tempoh maksimum)
  • diberi secara one-off sekali sahaja hanya untuk jangkitan dan rawatan covid-19 sahaja.

Siapa Layak Memohom Bantuan Ini?

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan ATAU tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan ATAU tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Cara Memohon Bantuan Kuarantin RM100

Untuk membuat permohonan bantuan ini, boleh rujuk langkah-langkah di bawah:-

  1. Anda perlu muat turun (download) semua dokumen-dokumen yang diperlukan di laman web NADMA sila klik DISINI.
  2. Selepas siap download dan isi dengan lengkap sila hantar dokumen dan hantar ke NADMA di alamat di bawah ini:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Senarai Dokumen Diperlukan

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan (Salinan di Sahkan)
  • Dokumen KKM (Salinan borang perintah pengawasan dan pemerhatian kontak Covid-19, salinan borang pelepasan daripada pengawsan dan pemerhatian Covid-19, sijil cuti sakit)
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun. (Salinan Diakui Sah)

Artikal Panas: Permohonan Semakan Wang Tak Dituntut Online : Login eGUMIS

Cara Pembayaran BantuanĀ  Kuarantin RM100

Cara pembayaran bantuan khas ini dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak sahaja dalam tempoh 30 hari masa bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap. Untuk itu pastikan download dokumen yang betul, isi dengan lengkap dan hantar kepada alamat yang betul. Semoga berjaya.

Rujukan

Ibu Pejabat
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6 & 7, Blok D5, Kompleks D,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

T: +603 8870 4800

F: +603 8870 4848

E: admin@nadma.gov.my

G: 2.937323, 101.704762

 

 


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *