Permohonan PPKP JPA – Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA 2021 Online

Permohonan PPKP JPA – Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA 2021 Online | Berita baik untuk penjawat awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi peluang kepada yang layak boleh permohonan bagi Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi perkhidmatan awam persekutuan untuk tahun 2021.

Untuk pengetahuan semua, PPKP dilaksanakan dengan dua peringkat iaitu:-

  • Ijazah pertama secara sepenuh masa
  • Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa

Bagi Tarikh permohonan ijazah pertama secara sepenuh masa adalah bermula 12 April hingga 21 Mei 2021, bagi permohonan Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Pertama secara sepenuh masa pula ialah pada 12 April hingga 31 Disember 2021.

Permohonan PPKP JPA - Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA 2021 Online

Permohonan PPKP JPA

Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA 2021 Online

Di bawah ini akan dikongsikan secara terperinci maklumat tentang Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA 2021 syarat kelayakan dan cara permohonan.

Syarat-syarat

Pnejawat awam yang memohon mestilah memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran JPA(I)S. 176/7/80/7 Klt. 2(7) bertarikh 12 April 2021 dan boleh dimuat turun di laman portal JPA http://esilav2.jpa.gov.my

Permohonan Boleh Dibuat Secara Atas Talian

1. Permohonan perlu layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/onlineprogs/epermohonan/.

2. Bagi yang pertama kali masuk untuk pendaftaran sila klik pada butang ‘Daftar’.

3. *Penting – isi maklumat dengan tepat seterusnya klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’

4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.

5. Kemudian, sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Baca Ini:- Login SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Analisis Peperiksaan Sekolah

Senarai Bidang Pengajian

Antara Senarai bidang pengajian yang ditawarkan dan layak memohon PPKP bagi Diploma dan Ijazah Pertama adalah seperti dibawah ini:-

  • Agriculture and Veterinary
  • Arts and Humanities
  • Education
  • Social Science, Business and Law
  • Health and Welfare
  • Engineering, Manufacturing and
  • Construction
  • Engineering, Manufacturing and Construction
  • Science, Mathematics and Computing
  • Services

Bagi peringkat Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia, anda boleh semak senarai bidang boleh klik  DISINI.

Untuk syarat umum dan khusus anda boleh semak di portal https://esilav2.jpa.gov.my/.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusyikilan mengenai PPKP, anda boleh berhubung dengan pihak JPA melalui

Talian : 03-8885 3053 atau 03-8885 3367/3468/3518

Email : penawaranldp@jpa.gov.my atau sp.bmi@jpa.gov.my.

Info Tentang Mencari Ilmu Dalam Islam

Rasulullah SAW bersabda:

أُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ

Uthlubul ‘ilma minal mahdi ilal lakhdi. Artinya: “Tuntutlah ilmu dari buaian (bayi) hingga liang lahat.” Kewajiban mencari ilmu juga dibebankan tiap Muslim sebagaian sabda Rasulullah SAW:

طَلَبُ اْلعِلْمْ فَرِثْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Tholabul ‘ilmi faridhotan ‘alaa kulli muslimin

“Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap individu muslim.”

Hadis mencari ilmu lainnya disebutkan tentang keutamaan mempelajari ilmu pengetahuan dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Artinya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi inspirasi untuk anda mencari ilmu dan semoga berjaya.

 

Leave a Reply