Permohonan Renew Lesen dan Rotax Kenderaan di MyEG - SARIP KAY

Permohonan Renew Lesen dan Rotax Kenderaan di MyEG

  • 2 min read
  • Oct 09, 2021
Renew Lesen dan Rotax Kenderaan di MyEG

Permohonan Renew Lesen dan Rotax Kenderaan di MyEG | Hakikatnya kes covid-19 masih melanda di negara kita, banyak perkara telah tertangguh dan terbatas untuk dilakukan. Termasuk juga untuk pembaharui lesen memandu dan rotax kenderaan anda.

Dengan adanya internet dan teknologi terkini, mereka yang berwajib telah menyediakan platform terbaik untuk rakyat teruskan dalam pembaharui lesen memandu dan rotax secara atas talian.

Kali ini, dikongsikan cara untuk pengguna mendaftar atau membuat lesen atau rotax baru hanya dengan online sahaja.

Kelebihan Renew Lesen Memandu dan Rotax Dalam Talian

  1. anda tidak perlu hadirkan diri di mana-mana cawangan terdekat untuk renew lesen dan rotax
  2. Tidak perlu beratur panjang
  3. tidak perlu ikut SOP kerana online boleh dilakukan di rumah sahaja
  4. Memberi peluang kepada mereka yang betul-betul perlu hadirkan diri di cawangan berkenaan.
  5. Cepat dan selamat.

Secara lazimnya, sesiapa yang ingin renew lesen dan rotax perlu hadir di cawangan JPJ atau Pejabat Pos Malaysia, dengan adanya perkhidmatan MyEG anda boleh pembaharui hanya dalam talian sahaja.

Kelebihan Renew di MyEG

  • Tidak perlu hadir
  • Cepat dan selamat
  • Lesen dan Rotax anda akan di pos ke alamat anda
  • tidak perlu beratur
  • tidak berada dalam situasi ditempat yang ramai

Ingat ada cas penghantaran.

Permohonan Renew Lesen dan Rotax Kenderaan di MyEG

Cara Renew Lesen Memandu dan Rotax di MyEG

Anda perlu daftar dahulu akaun MyEG jika sudah ada akaun lagi mudah dan senang.

Setelah selesai mendaftar anda boleh login seperti biasa dengan username dan kata laluan yang anda daftar.

Cara Renew Lesen Memandu di MyEG

1. Sila log masuk atau log in di SINI

2. Klik pada bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

3. Tekan pada Baharui Lesen Memandu

4. Sila isi maklumat dengan tepat dan betul

  • Nombor IC
  • Kategori lesen
  • Tempoh pembaharuan (Pilih 1 hingga 5 tahun)
  • Nombor Tel
  • Emel
  • Kaedah Pengambilan

5. Buat pembayaran

6. Jika ingin buat penghantaran isikan maklumat yang diperlukan seperti alamat dan lain-lain.

Cara Renew Rotax di MyEG

1. Log Masuk atau Login di SINI

2. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

3. Klik pada Pembaharui Cukai Jalan

4. Sila pilih untuk kereta atau motosikal

5. Isikan maklumat dengan tepat dan betul

  • Nombor IC
  • Tempoh pembaharuan (Pilih 6 bulan atau 1 tahun)
  • Nombor Tel
  • Emel
  • Kaedah Pengambilan

6. Buat pembayaran secara dalam talian

7. Jika memilih untuk dihantar sila isi maklumat seperti alamat dan lain-lain.

*Ada dua pilihan

  • Ambil Sendiri : Pusat e-Khidmat HQ Petaling Jaya, Selangor
  • Secara Pos : RM 6 – Lembah Klang
    RM 8 – Semenanjung Malaysia
    RM 10 – Sabah & Sarawak
    Boleh diterima dalam masa 2 – 5 hari

Sebenarnya di MyEG banyak lagi anda boleh lakukan seperti membayar zakat, renew maid permit, semak saman dan banyak lagi. Semoga bermanfaat.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.