Permohonan & Semakan BKM 2022 (Bantuan Keluarga Malaysia) -

Permohonan & Semakan BKM 2022 (Bantuan Keluarga Malaysia)

  • 2 min read
  • Dec 29, 2021
Permohonan & Semakan BKM 2022 (Bantuan Keluarga Malaysia)

Permohonan & Semakan BKM 2022 (Bantuan Keluarga Malaysia) | Malaysia Prihatin, kerajaan amat prihatin terhadap rakyatnya termasuk juga dengan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang merupakan bantuan menggantikan bantuan-bantuan lain seperti BKC, BPR, GKP dan lain-lainnya. Saripkay.com ingin kongsikan kepada anda cara buat permohonan BKM ini.

Petikan dari Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, usaha itu memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan mempunyai peluang untuk memohon BKM ini.

Bayaran BKM 4 Kali Setahun

Pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran yang pertama dijangka pada bulan Mac 2022.

Sila rujuk syarat kelayakan & jumlah bayaran bantuan mengikut kategori yang akan diterima dalam infografik di bawah ini :

Permohonan & Semakan BKM 2022
Infografik: BERNAMA

Jumlah Bayaran BKM 2022

Jumlah bayaran adalah seperti berikut:

  • B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500
    -Tiada anak – RM1,000
    -1-2 anak– RM1,500
    -3 anak – RM2,000
  • B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850
    -Tiada anak – RM400
    -1-2 anak – RM600
    -3 anak – RM800
  • M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)
    -Tiada anak – RM400
    -1-2 anak – RM600
    -3 anak – RM800
  • Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500
    -Menerima RM350

Tarikh Permohonan Baru & Kemaskini BKM

Permohonan BKM akan dibuka bermula 1 hingga 31 Januari tahun hadapan dijangka lebih dipermudahkan untuk kemudahan rakyat Malaysia.

Permohonan dan Semakan BKM 2022

Untuk pemohon yang tidak mempunyai data di dalam LHDN, anda boleh buat permohonan bermula 1 Januari 2022.

Buat permohonan di laman web https://bkm.hasil.gov.my bermula 1 Jan 2022.

Tempoh masa untuk buat permohonan dibuka selama sebulan bermula 1 januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Selepas buat permohonan anda boleh buat semakan keputusan di laman web yang sama.

Pesanan

Jangan lepaskan peluang dan sila ambil tahu info dan segera membuat permohonan bermula 1 Jan 2022 ini.

Kesimpulan

BKM 2022 (Bantuan Keluarga Malaysia) ini memberi kemudahan dan ringankan beban rakyat yang alami pada masa kini agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Gunakan peluang ini dan pemberian ke arah kebaikkan dan bijak dalam menguruskan wang anda.

Bilakah permohonan BKM dibuka?
Pada Januari 2022.

Berapakah kali kah pembayaran BKM 2022?
Sebanyak 4 kali.

Semoga Perkongsian Ini Bermanfaat dan Silakan Kongsi Kepada Mereka Yang Memerlukan

 

 

 


Related Post :

One thought on “Permohonan & Semakan BKM 2022 (Bantuan Keluarga Malaysia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *