Permohonan – Sistem Semakan Online PDRM

Permohonan – Sistem Semakan Online PDRM |  Tahukah, PDRM telah sediakan satu aplikasi sistem yang sangat membantu pengguna untuk menyemak segala hal berkenaan PDRM. Jom semak laporan polis secara online dengan mudah. Pengguna berpeluang untuk menyemak status laporan polis melalui Sistem Semakan Online (SSO). Sistem sangat mudah digunakan dan mesra pengguna. Semakan boleh dibuat memalui online sahaja. pihak PDRM telah menyediakan satu sistem yang amat berkualiti dan efektif untuk pengguna.

Sistem Semakan Online (SSO) telah dibina untuk memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan efektif dan efisen. Melalui aplikasi Sistem Semakan Online(SSO) ini, pengguna boleh menyemak Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesan Am pada bila – bila masa sahaja. Senangkan?? tidak perlu lagi anda pergi ke setiap balai polis yang berdekatan untuk beratur panjang dan membuang masa sahaja.

Untuk permulan sila ke Klik Link Di bawah ini

:- SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM

Bila sudah masuk dalam sistem berkenaan, pengguna hanya perlu klik pada Pendaftaran Baru untuk akses ke Sistem Semakan Online (SSO) dan seterusnya memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan. Cukup-cukup mudah dan senang.

Sedikit pengetahuan, Aplikasi ini ditubuhkan berdasarkan maklum balas penduduk awam yang sering berhadapan dengan kesulitan berhubung dengan pegawai penyiasat, sistem manual yang mengambil masa, bermain dengan masa dan kemusyikilan berhubung prosedur untuk maklum balas laporan polis. Oleh itu pihak PDRM telah menyediakan satu aplikasi Sistem Semakan Online secara terus atas talian dengan mudah dan selamat.

Adakah anda berasa artikel Sistem Semakan Online PDRM ini membantu anda dalam menguruskan hal berkaitan dengan Polis Diraja Malaysia? Jika Ya silakan tinggalkan komen atau klik button share dan kongsikan kepada umun. Semoga artikel ini dapat membantu anda dan memudahkan kerja anda.

Selamat Maju Jaya dan selamat menyelesaiakan hutang anda jika ada.

SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM – SEMAK LAPORAN POLIS SECARA ATAS TALIAN

Ingat Jangan Nanti-nanti nanti anda yang rugi.

2 Comments

  1. 7m June 7, 2021

Leave a Reply