Permohonan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan SARIP KAY

Permohonan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan

  • 2 min read
  • Aug 25, 2021
Permohonan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan

Permohonan Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Khas Untuk Penjawat Awam | Berita baik untuk kakitangan kerajaan atau penjawat awam.

Penjawat awam seperti guru dan polis anda layak memohon pinjaman kenderaan untuk kegunaan sendiri.

Baca selanjutnya siapa yang layak, berapakah pinjaman boleh dibuat dan banyak lagi

Apakah Maklumat Untuk Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan bagi Penjawat Awam?

Skim Pinjaman Kenderaan ini khas Untuk Penjawat awam yang berjawatan tetap atau kontrak.

Namun begitu, jika terdapat mana-mana pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak. Anda hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional dan juga Kumpulan Sokongan berjawatan tetap dan disahkan.

Had Kelayakan Pinjaman Kenderaan Penjawat Awam

Untuk Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan dan had kelayakan maksimum bagi kategori berikut;

Bagi Pinjaman Kenderaan untuk motosikal seperti di bawah:

  • Pembelian motosikal RM 10,000
  • Pembelian Motobot RM 4,000
  • Pembelian enjin motobot RM 3,500
  • Pembelian bot RM 700
  • Pembelian basikal RM 500

Artikal Berkaitan: eOperasi KPM Guru Login : Semakan dan Kemaskini Maklumat Online

Syarat-syarat Pinjaman

Syarat-syarat asas melayakkan anda sebagai pegawai untuk memohon pinjaman kenderaan adalah;

  • Pegawai dibenarkan membeli kenderaan mengikut kelayakan dan kemampuan
  • Perlukan kenderaan bagi memudahkan proses tugasan rasmi dengan sempurna
  • jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • Untuk pegawai, jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • Pegawai mestilah mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
  • Miliki lesen memandu yang sah

Untuk Pinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua

Bagi pinjaman kenderaan untuk kali kedua dan yang seterusnya, pegawai dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan serta dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.

Maklumat Lanjut

Maklumat lebih lanjut dan Borang Permohonan, anda boleh rujuk pada portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam:

WP 9.2 SKIM PINJAMAN KENDERAAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS; atau

WP 9.3 SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN MENGIKUT PRINSIP AL BAI’ BITHAMAN ‘AJIL BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS

Muatturun dokumen klik –> Dokumen dan Borang

Sumber : https://ppp.treasury.gov.my


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *