PETUA DAN TIPS BERSIHKAN MINYAK MASAK DAN GUNA BALIK - SARIP KAY

PETUA DAN TIPS BERSIHKAN MINYAK MASAK DAN GUNA BALIK

  • 2 min read
  • Jan 25, 2021

PETUA DAN TIPS BERSIHKAN MINYAK MASAK DAN GUNA BALIK | Tak payah nak cerita panjang-panjanglah zaman sekarang zaman mencabar, pergi pasar bawa RM100 memang tak cukup,tu baru beli ayam dan sayur-sayuran jer. Opah nak bagi petua jimat Minyak masak yang telah dipakai, boleh pakai balik dengan syarat tertentu, istilah senang dengan petua ini.

Opah tak taulah berapa ramai yang sering guna balik minyak masak kat rumah tu. Tapi rasanya ramai lah agaknya memandangkan ‘minyak’ dah naik harga. Bahkan kalau korang beli minyak angin pun korang akan perasan bahawa minyak angin dah naik harga. Tak tahu lah apa kaitannya minyak tu dengan angin hehe…Jangan anda naik minyak sudahlah ya.

Berbalik kepada minyak masak, kemungkinannya ada yang hanya guna sekali jer minyak masak yg dibeli. Lepas pakai terus buang. Bukannya sebab tak nak berjimat, tapi sebab lebih mementingkan kesihatan. Sebab ada kajian yang mengatakan bahawa penggunaan minyak masak lebih dari sekali boleh meningkatkan paras kolesterol dalam makanan yg digoreng…

Apa-apa pun pun korang guna pertimbangan sendiri lah ya.. terserah kepada budi-bicara masing-masing.
Bagi yang berminat nak tahu petua jimat minyak nie boleh cuba petua berikut….

Petua Membersihkan Minyak Goreng
*Selalunya minyak yang sudah digunakan dan disimpan untuk dipakai semula akan nampak kehitam-hitaman. Orang tua-tua dulu memang kreatif atau secara tak sengaja terjumpa satu cara nak bersihkan warna kehitaman tu

Caranya ialah dengan selepas menggoreng dan semasa minyak tu dibiarkan sejuk sebelum disimpan semula, masukkan beberapa keping asam keping kat dalam kuali…

Asam keping membantu menyerap kehitaman pada minyak goreng tersebut agar ia nampak lebih cerah dan boleh digunakan semula untuk 2-3 kali lagi sebelum dibuang…

Ohh.. by the way, opah ermmm tau-tau… english you… kalau tak dapat cari asam keping.. boleh guna petua jernihkan minyak goreng nie.

ilmu petua:
petua bersihkan minyak masak, bersihkan minyak masak, cara menjernihkan minyak masak terpakai, cara jernihkan minyak masak, cara jernih minyak masak


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *