‘Sebenarnya, hubungan rapat kami dengan Rothschild banyak membantu tingkatkan aset negara’ - SARIP KAY

‘Sebenarnya, hubungan rapat kami dengan Rothschild banyak membantu tingkatkan aset negara’

  • 1 min read
  • Jun 18, 2022

Berdasarkan perbualan peribadi saya bersama Datuk Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud, Tengku Razaleigh sebenarnya diperkenalkan kepada Rothschild oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan bantuan bekas gabenor bank negara, Tun Ismail Ali. Sumber (gambar): TTF

ءسبنرڽ، هوبوڠن راڤت كامي دڠن روتهسچيلد باڽق ممبنتو تيڠكتكن اسيت نڬاراء – تڠكو غزالياغ

Menurut Tengku Razaleigh, dia diperkenalkan kepada Sir Evelyn de Rothschild, yang seterusnya memberi tunjuk ajar berhubung selok belok pembelian saham kerana pengetahuan luasnya dalam pasaran saham dunia.


“Kita runding (kemungkinan) kita tambah aset-aset negara kita, aset-aset yang sudah pun dimaju, seperti estet-estet yang dimiliki oleh Guthrie, Sime Darby dan sebagainya, melebihi daripada jumlah kawasan yang ditanam oleh Felda misalnya.


“Kalau kita hanya nak bergantung kepada usaha kita, tak mungkin kita boleh milik begitu banyak kawasan.


“Jadi, jalan pintas yang kita rasa kita boleh memiliki kawasan-kawasan yang sudah dimaju, ialah dengan cara kita mengambil alih ‘control’ (kawalan) syarikat-syarikat yang dah ada, dan kalaulah harga pasaran dari segi harga saham berpatutan dan rendah, dan boleh memberi keuntungan, mengapa tidak?”

“Rothschild adalah satu banker Yahudi yang terkemuka, dia ada keluarganya di Jerman dan di Rusia, juga di Perancis dan di England, selain daripada di Amerika, dan dia menguasai banyak bank.

“Dia berpengaruh, dan dia boleh bantu kalau dia nak bantu, berdasar kepada apa juga yang kita kemuka kepada dia, asalkan ianya ‘viable’ dan ‘feasible’ untuk dibiayai projek-projek yang kita kemuka kepada dia.

“Dia tak akan biayai sesuatu yang tak mungkin berdaya maju.”

Demikian menurut veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah, ketika ditanya berhubung kerjasama yang pernah beliau jalinkan bersama Rothschild & Co, sebuah bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang terkemuka di dunia.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published.