Semak dan Tebus RM180 atau RM300 Subsidi Program Jaringan Prihatin -

Semak dan Tebus RM180 atau RM300 Subsidi Program Jaringan Prihatin

  • 2 min read
  • May 08, 2021
Semak dan Tebus RM180 atau RM300 Subsidi Program Jaringan Prihatin

Semak dan Tebus RM180 atau RM300 Subsidi Program Jaringan Prihatin |  Kerajaan selangkah lagi didepan membantu rakyat dalam program Subsidi Jaringan Prihatin, Terima Kasih Kerajaan, apa-apa pun syukur masih diberi peluang. Untuk pengetahuan semua, Kerajaan telah mengumumkan sebelum ini penawaran subsidi jaringan prihatin yang berjumlah RM2 bilion kepada 8 juta rakyat Malaysia, antara subsidi diberi sekitar RM180 seorang kepada yang tidak mempunyai anak, atau RM300 bagi mereka yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun.

Program Subsidi ini dijangka akan beri manfaat kepada 8.4 juta penerima BPR atau B40 menerusi bantuan pembelian peranti mudah alih atau perkhidmatan data internet.

Untuk penebusan program jaringan prihatin ini dibuka bermulai 5 Mei hingga 31 Julai 2021 melalui syarikat telekomunikasi atau telco yang terpilih.

Antara Syarikat Telekomunikasi Yang Terlibat

Perlaksanaan program ini kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia seperti senarai di bawah ini dan anda boleh terus membuat semakan kelayakan anda:-

Semak dan Tebus RM180 atau RM300 Subsidi Program Jaringan Prihatin

Sila semak dulu kelayakan di laman web BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/ atau di laman web syarikat telekomunikasi

  1. Maxis – KLIK SINI
  2. Celcom – KLIK SINI
  3. Digi – KLIK SINI
  4. U Mobile – KLIK SINI
  5. redONE – KLIK SINI
  6. speakOUT – KLIK SINI
  7. Mcalls – KLIK SINI
  8. Tune Talk – KLIK SINI
  9. XOX Mobile – KLIK SINI
  10. Unifi Mobile – KLIK SINI
  11. Yoodo – KLIK SINI
  12. YES – KLIK SINI

Sekiranya anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda layak untuk mendapatkan Subsidi program ini. Jangan lepaskan peluang.

Baca ini:- Penerima BSH atau BPN Layak Automatik MySalam, Semak, Mohon dan Proses Tuntutan

Subsidi Yang Ditawarkan dalam Program Jaringan Prihatin

Subsidi yang telah ditawarkan adalah:-

  • Untuk penerima BPR punyai anak bawah 18 tahun: Bantuan RM300 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.
  • Penerima BPR yang tidak mempunyai anak: Bantuan RM180 untuk pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.

Anda boleh pilih mana-mana syarikat telekomunikasi yang terlibat untuk membuat pilihan kerana antara syarikat ini akan memberi pilihan yang berbeza dari segi perkhidmatan rangkaian internet atau pun device/telefon pintar.

Soalam Lazim

Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?

Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

Maklumat Lanjut

Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Jaringan Prihatin boleh layari laman web KLIK DISINI.

Kesimpulannya

Kesimpulanan kerajaan masih prihatin terhadap rakyatnya dan bila diberi peluang dan bantuan sila gunakan sebaik mungkin yang penting ikut SOP.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.