Semak Tarikh dan Jumlah Bayaran BKC Fasa 2 - SARIP KAY

Semak Tarikh dan Jumlah Bayaran BKC Fasa 2

  • 2 min read
  • Nov 02, 2021
Semak Tarikh dan Jumlah Bayaran BKC Fasa 2

Semak Tarikh dan Jumlah Bayaran BKC Fasa 2 | Terkini, info dan maklumat tarikh berkaitan tentang bayaran BKC Fasa 2.

Untuk pengetahuan semua, BKC dibayar mengikut Tiga Fasa iaitu September, November dan Disember pada tahun 2021.

Dikhabarkan tidak semua kategori yang akan terima untuk pembayaran BKC fasa 2 bulan November ini.

Untuk itu, sila baca dengan teliti maklumat yang akan dikongsikan di bawah ini agar anda tidak keliru.

Semak Tarikh dan Jumlah Bayaran BKC Fasa 2

Tahukah Anda Apakah Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

BKC ialah satu bentuk bantuan tunai langsung yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2021. Ia telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

Berkaitan: Permohonan Semakan Wang Tak Dituntut Online : Login eGUMIS

Ketahui Kadar Bantuan BKC Fasa 2

Anda rujuk maklumat dibawah mengikut kategori untuk bayaran Fasa 2:

Miskin Tegar

  • Isi Rumah – RM500
  • Warga Emas Sebatang Kara – RM300
  • Bujang – RM300

B40

  • Isi Rumah – RM300
  • Rujuk jadual pembayaran BKC fasa 2 seperti jadual dibawah:

BKC

Semak Status Bayaran BKC Fasa 2

Disini dikongsikan cara atau langkah-langkah untuk buat semakan BKC fasa 2 seperti berikut:-

BKC Fasa 2

  1. Ada perlu klik laman Web Bantuan Khas Covid klik DISINI.
  2. Log in dengan No IC dan kata laluan yang anda daftar sebelum ini.
  3. Buat semakan.

Kaedah Bayaran BKC

Pembayaran akan dibuat berdasarkan kaedah berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank
    – Akan dibuat bayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    – Anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Pembayaran Melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

(BSN) Bank Simpanan Nasional akan keluarkan notis penunaian bayaran melalui kaunter BSN.

Jika pengumuman rasmi bayaran bagi bulan November dikeluarkan oleh Kerajaan.

Soalan Lazim

Bila tarikh pembayaran BKC Fasa 2 akan dilaksanakan?
Ia akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa dalam bulan November.

Siapa akan dapat dan jumlahnya?
Ingat, hanya kategori miskin tegar yang akan dapat seperti dibawah;
– Isi Rumah – RM500.00
– Warga emas sebatang kara (WE) – RM300.00
– Bujang – RM300.00

Rujukan

HUBUNGI KAMI

  • Hotline LHDNM 1-800-88-2747
  • Hotline MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel bpr@treasury.gov.my
  • Alamat Sekretariat BPR,Pejabat Belanjawan
    NegaraKementerian Kewangan
    Malaysia(MOF), Presint 2, 62592
    Putrajaya

TALIAN BANTUAN KHAS KERAJAAN CAWANGAN LHDNM KLIK DISINI


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *