Apa Itu Masbuk, Apa Itu Muwafik, Ini Penjelasannya - SARIP KAY

Apa Itu Masbuk, Apa Itu Muwafik, Ini Penjelasannya

  • 3 min read
  • Jun 22, 2021
Itu Masbuk, Apa Itu Muwafiq

Apa Itu Masbuk, Apa Itu Muwafik, Ini Penjelasannya | Ramai Yang Solat Berjemaah Tidak Tahu Apa Itu Masbuk,Apa Itu Muwafik

Soal Jawab Mengenai Masbuk, Muwafik Dan Lain lain

Jom Membaca dan Fahami Supaya Solat Kita DiTerima Allah!!

SOALAN: Apa maksud masbuk dan muwafik

JAWAPAN: Secara ringkas, muwafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muwafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca Fatihah bersama imam dan rukuk bersama

Makmum yang muwafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang datang lewat atau takbir lewat (sengaja lengah) mengikut imam ,tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihah pada rakaat pertama bersama imam dengan bacaan yang pertengahan di mana imam telah rukuk.

Makmum masbuk yang tidak sempat menghabiskan Fatihah ketika imam telah rukuk hendaklah memberhentikan fatihah dan rukuk bersama imam pada rakaat pertama untuk mendapat rakaat pertama ia bersama imam.
Fatihah makmum masbuk yang tidak sempat habis ditanggung imam hanya pada rakaat pertama makmum

Apakah makmum Masbuk boleh terus membaca fatihah apabila imam sudah rukuk?

JAWAPAN Makmum yang masbuk jika dia terus membaca fatihah, imam telah rukuk dan dia tidak rukuk bersama imam pada rakaat pertama bersama imam ,maka rukuknya yang tidak bersama imam tidak dikira satu rakaat.

Peringatan!! makmum masbuk jangan membaca yang sunat Iaitu jangan membaca doa Iftitah dan ta’awuz (auuzubillah). Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi Al-Fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya”. Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca Fatihah.

Itu Masbuk, Apa Itu Muwafiq

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan toma’ninah. Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir kerana ianya adalah makruh.

SOALAN: Jika kita muwafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca Fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

JAWAPAN: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi’li (perbuatan). Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca Fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan Fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut pendapat ulamak yang lebih tepat seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan Fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran. Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca Al-Fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan Al-Fatihah.

Baca ini: Doa Iftitah Pendek Tapi Malaikat Berebut Mencatatnya

SOALAN: Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?

JAWAPAN: Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh. Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.
Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

SOALAN: Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

JAWAPAN: Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat. Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud. Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.

Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal. Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar. Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam. Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

Sekian wassalam semoga bermanfaat


Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *