Teknik Rahsia Naikkan Subscribers Youtube by Sarip Kay | Teknik rahsia untuk pemian video yang suka upload di Youtube. Tahukah anda youtube menyediakan platform yang terbaik dan web nombor satu didunia yang memaparkan pelbagai jenis dan kontent video diupload berjuta youtubers. Selain dari itu dengan kita juga dapat menjana pendapatan dari video yang kita upload dengan pelbagai cara. Teknik Rahisa Cara Naikkan Subscribers Youtube dengan cepat.
Kali ini saya kongsikan teknik rahsia untuk tambah subscriber di youtube channel anda. Pastikan anda sudah mempunyai akaun youtube dan membangunkan channel sendiri. bagi yang sudah profesional tidak perlu baca artikel ini kerana tiada intipati menarik pun untuk anda.
Saya andaikan anda sudah mempunyai channel sendiri dan hanya perlu mengupload video dan setting video agar dilihat dan ditonton ramai dan subscribe anda bertambah.
Baca Ini : Adsense : Kenapa Google Adsense Jadi Pilihan Publisher
Rahsia Naikkan Subscribe Youtube Channel
Langkah Pertama
Sebelum upload pastikan nama file video anda sama dengan keyword utama anda di tajuk anda reka tadi.
Langkah Kedua
Pastikan anda punyai kontent yang menarik dan bukannya copyright.
Setiap video mempunyai keyword yang anda target contohnya ‘ Lawak Habis ‘. Jadi tajuk video anda boleh letak ‘ Lawak habis – Gelak Sakan Tengok Video Budak Kenik Ni.’
Di Dalam video pastikan Thumnail anda ada Tajuk yang target pada keyword ‘ Lawak habis ‘.
Jika boleh dalam audio di video ada beberapa kali ulang ‘lawak habis’, jika tiada anda boleh letakkan perkataan.
Langkah Ketiga
Dekat Dekription, anda copy and paste tajuk balik, seterusnya buat olahan ayat berkenaan cerita video anda dan pastikan ulangan keyword utama dalam 3 sehingga 4 kali. Jika lebih atau kurang saya takut skor seo youtube rendah.
Di sini juga anda buat ayat dalam 50 sehingga 100 patah perkataan. Susah sikit saya nak cakap, adakala panjang lagi baik kekadang pendek pun okay bergantung persaingan keyword yang anda main.
Penggunaan ayat hampir sama dan relevan, contohnya lawak habis, yang hampir relevan ialah, lawak sangat, lawak sakan, gelak sakan, gelak sampai habis dan lain-lain.
Penggunaan Hastag amat-amat berguna, masukkan hastag “#” yang releven dengan keyword tajuk anda main, contohnya Lawak Habis, jadi hastagnya #lawakhabis, #lawaksangat, #gelaksakan, jikalau boleh buat minimun 3 hingga 12 hastag.
Tag, tag juga main peranan penting, tag juga anda perlu masukkan tentang keyword video anda upload, seperti di atas tadi anda perlu masukkan keyword utama dan releven, contohnya, lawak habis, lawak sakan, gelak habis, lawak sampai terkencing dan lain-lain.
Langkah Empat
pastikan video anda bukan copyright atau dibenarkan untuk upload balik. Jaga hubungan anda dengan youtube.
Rahsia Dibongkar
Penggunaan #shorts
Diluar negara amat popular video shorts ini, shorts bermaksud video pendek.
Syarat bermain video short ialah anda perlu patuhi dasar youtube seperti biasa dan yang paling penting di awal tajuk atau pun dalam decription ada hastag short ” #shorts ” letak di awal antara hastag anda jika ada banyak hastag.
Syarat kedua pastikan video pendek bawah 59 saat, bawah 15 saat lagi bagus.
Setting lain seperti saya terangkan di atas.
lihat bukti di bawah video shorts yang saya upload di channel saya
lagi bukti
Lihat di bulatan merah, ketika saya upload channel saya subscribe tidak sampai 100 orang.
Salah satu lagi rahsia saya, anda perlu interaksi dengan subscriber anda walau bagaimana cara sekali pun, contohnya reply komen, buat kontest dan sebagainya. Ini penting pihak youtube amat suka channel seperti ini.
Kesimpulan
Perkongsian ini hanya pengalaman dari saya sahaja, dan tidaklah terlalu teperinci saya terangkan tetapi cukup untuk anda faham kerana jika anda dapat game cara main video di youtube, InsyaAllah anda akan berjaya. Kunci dia anda perlu bersabar dan jiwa kental, untuk permulaan memang menyesak jiwa. Kesabaran dan tekun buat anda pasti berjaya. Jangan lupa tinggalkan komen dan share ya. Semoga bermanfaat.
Thanks you