Terbuka Thailand : Lawan Geng Sendiri ( Lee Zii Jia vs Daren ) Semi Final - SARIP KAY

Terbuka Thailand : Lawan Geng Sendiri ( Lee Zii Jia vs Daren ) Semi Final

  • 1 min read
  • May 21, 2022
Lee Zii Jia terbuka Thailand 2022

Terbuka Thailand : Lawan Geng Sendiri ( Lee Zii Jia vs Daren ) Semi Final | Semua sudah maklum sekarang ini berlangsung sukan SEA di Vietnam, tetapi bagi peminat badminton negara pasti teralih arah pada Terbuka Thailand.

PERSEORANGAN Malaysia, Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia untuk layak ke pusingan separuh akhir Terbuka Thailand di Impact Arena di sini pada Jumaat.

Zii Jia akan bertemu rakan senegara Liew Daren yang mara ke separuh akhir selepas menewaskan Zhao Jun Peng dari China 21-10, 19-21, 21-19.

Pemain nombor enam dunia itu yang kini pilihan utama dalam saingan perseorangan lelaki mengambil masa 56 minit untuk meraih kemenangan 21-10, 14-21, 21-16 ke atas Shesar Hiren.

Pemain berusia 24 tahun itu bermain baik pada set pertama, namun tidak dapat mengekalkan momentumnya sebelum tewas pada set kedua 14-21.

Zii Jia mempamerkan kekuatan mentalnya pada set penentuan apabila bangkit selepas ketinggalan 4-12 untuk mengutip mata demi mata dan mengikat kedudukan pada 15-15.

Lee Zii jiaLee Zii Jia terbuka Thailand 2022

Juara Asia itu seterusnya mengerahkan sepenuh tenaga untuk meraih kemenangan 21-16, sekali gus menempah tempat ke separuh akhir esok.

Kemenangan hari ini membawa rekod tanpa kalahnya kepada 11 perlawanan, bagaimanapun, pemain badminton profesional itu mengakui ia adalah permainan yang mencabar menentang perseorangan Indonesia berkenaan.

“Saya kurang yakin dan fokus pada perlawanan hari ini. Kecergasan saya ok namun mental agak penat terutama selepas kejohanan berintensiti tinggi, Kejohanan Asia dan Piala Thomas. Saya akan buat yang terbaik dalam separuh akhir esok,” katanya kepada Bernama.

Apa pun esok sudah pasti Salah seorang permain single Malaysia akan melangkah ke final, buatlah yang terbaik buat Malaysia. Mereka semua tetap hero. Malaysia Boleh!!

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.