Update terkini! “Enemy Of The State”. Siapa yang menyakiti Adik akan mendapat hukuman yang setimpal - SARIP KAY

Update terkini! “Enemy Of The State”. Siapa yang menyakiti Adik akan mendapat hukuman yang setimpal

  • 1 min read
  • Mar 29, 2022
baby Syifa

SEMUA urusan tentang kes Baby Syifaa melalui saya bukannya Isteri saya. Pengasuh jika nak berjumpa, sila hubungi saya bukan Isteri saya. Jika mahu bertemu saya, kena berada tempat umum bukannya di rumah atau pejabat saya. Kelakar juga bila aku baru dapat tahu ASP Thinagaran belum memberikan fail kes kepada Pegawai Penyiasat yang baharu kononnya sibuk berkursus. Paling kelakar bila tiada seorang yang melihat gambar buai yang dikatakan menjerut Baby Syifaa. Siapa tipu siapa? Esok saya bersama Peguam Pemerhati keluarga saya akan ke IPD Seremban jam 3.00 petang. Ramai yang tanya kenapa kes besar tiada liputan luas media? Jawapannya, kerana status diri saya ketika ini boleh dianggap sebagai “Enemy Of The State”. Adik, Siapa yang menyakiti Adik akan mendapat hukuman yang setimpal. Samada melalui sistem perundangan atau balasan Yang Maha Esa. Daddy rindu Adik… Justice Delayed is Justice Denied!

baby Syifa

ASP Thinagaran – ramai kata Tuan Pegawai Penyiasat yang bagus. Namun seorang pegawai bagus jika silap terima arahan maka akan jadi tak bagus. Sirul Azhar dan Azilah Hadri, dua anggota UTK yang bagus tetapi silap menerima arahan. Hidup berakhir ke tali gantung dan terpaksa lari ke luar negara. Seperti saya kata sebelum ini, saya beri ruang untuk pihak Polis membuat siasatan semula sebaik laporan baru dibuat malam tadi. Justeru untuk seketika saya tidak akan buat posting berkaitan kes Baby Syifaa kerana ia mungkin boleh menganggu proses siasatan. Saya yakin pasukan PDRM bersama barisan Peguam Pemerhati keluarga saya mampu menyelesaikan kes kematian puteri saya, Nour Rania Asyifaa Binti Yuseri dipanggil Adik. Sekian, terima kasih.

 

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.