Update Terkini : Kes Baby Syifa Terjerut Buai - SARIP KAY

Update Terkini : Kes Baby Syifa Terjerut Buai

  • 1 min read
  • Apr 04, 2022
baby Syifa

Update Terkini : Kes Baby Syifa Terjerut Buai | Semalam Pejabat Pendakwaan Negeri telah memulangkan semula Kertas Siasatan (IP) dan arahan lanjut untuk pihak PDRM lengkap siasatan.

Namun Pegawai Penyiasat tidak maklum hal tersebut sebaliknya saya telah dimaklumkan oleh Peguam Pemerhati keluarga saya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Sri Abdul Jalil mengesahkan hal itu melalui kenyataan media PDRM jam 11.45 malam kelmarin.

Menurut pihak PDRM siasatan kes kematian Baby Syifaa perlu merujuk beberapa agensi berkaitan.

Kali pertama PDRM yang mempunyai kuasa penuh untuk menahan dan menyiasat perlu merujuk ke lain-lain agensi.

Kelentong orang lain, jangan kelentong saya yang telah banyak membantu PDRM dalam kes-kes tertentu. Lagi-lagi saya bukan tidak tahu prosedur siasatan sesuatu kes.

Tuan-Puan,

Saya meneliti setiap inci jenazah Baby Syifaa ketika saya menunggu PDRM untuk jenazah dihantar ke Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Dalam mulut bahagian di bawah bibir Baby Syifaa mempunyai kesan lebam. Saya ingin melihat buai menjerut Baby Syifaa sehingga bibir bengkak menghasilkan kesan lebam di dalam mulut.

Kata OCPD Seremban buai itu jenis “Rocker Cradle”. Tunjukkan saya gambar buai yang telah membunuh anak saya. Mudah sahaja permintaan saya.

Selepas laporan polis terbaharu dibuat di IPD Sentul 28 Mac dan saya selesai memberikan keterangan di IPD Seremban 30 Mac 2022.

Sehingga hari ini belum ada seorang individu yang ditahan bagi membantu melengkapkan siasatan.

Hampir 40 hari Nour Rania Asyifaa Bt. Yuseri meninggalkan keluarga kami. Tiada seorang direman apatah lagi dituduh di mahkamah.

Khairunnisa,

Aku bagi peluang datang jumpa untuk ceritakan hal sebenar. Jangan kamu fitnah Baby Syifaa meninggal dunia terjerut buai.

**Subscribe saripkay.com Untuk berita terkini

Aku khuatir anak kamu tercekik makan dan kemudian meninggal dunia kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Tengok mata Kakak Raysha di saat dia melihat Daddy memangku jenazah Adik..

Justice Delayed is Justice Denied!

  1. #Justice4BabySyifaa