Update Terkini!! Kes Kamatian Baby Syifa - Inginkan Pembelaan - SARIP KAY

Update Terkini!! Kes Kamatian Baby Syifa – Inginkan Pembelaan

  • 2 min read
  • Mar 29, 2022
Update Terkini!! Kes Kamatian Baby Syifa - Inginkan Pembelaan

Update Terkini!! Kes Kamatian Baby Syifa – Inginkan Pembelaan | Saya hanya berkongsikan apa yang di sampaikan oleh Bapa Mangsa dan saya tidak ada kaitan atau kena mengena tentang hal ini. Sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya juga turut bersimpati dan terkesan dengan tindakan sambil lewa pihak tertentu. InsyaAllah yang benar akan dapat pembelaan di dunia mahupun di akhirat.

Jom baca…

Semalam saya telah membuat laporan semula di Balai Polis IPD Sentul jam 2259 yang bersabit laporan polis yang dibuat oleh isteri saya di Balai Polis Mambau 22 Februari 2022.

Dalam laporan tersebut, saya meminta ditukarkan IO atau Pegawai Penyiasat untuk kes Baby Syifaa kerana IO telah mengabaikan kesan kecederaan serius yang terdapat pada badan Baby Syifaa.

Selain itu, IO kes perlu ditukarkan kerana telah gagal membuat perkara asas dalam proses siasatan kes.

Pertama, menahan reman suspek.

baby syifa

Kedua, soal siasat suspek.

Dua perkara asas dalam siasatan ini tidak dilakukan bermakna IO kes Baby Syifaa failed tahap gaban dan sekaligus memalukan PDRM.

Sekarang OCPD Seremban, ACP Nanda Maarof tidak boleh memberikan alasan, “tiada aduan rasmi dibuat oleh keluarga” kerana saya sendiri membuat laporan seperti yang anda mahukan.

Malah OCPD juga tidak lagi boleh memberikan hujah kertas siasatan siap diserahkan kepada Pejabat Timb. Pendakwaraya atau Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk arahan pendakwaan.

Dan AGC kena pulangkan kertas siasatan (IP) kerana ahli keluarga membuat laporan baharu bersandarkan gambar-gambar yang turut ada dalam rekod Polis.

Dalam laporan tersebut, saya secara jelas menyebut – saya percaya anak saya telah dibunuh bersandarkan kepada gambar-gambar kesan kecederaan di badan Baby Syifaa.

Saya juga secara jelas menyatakan supaya pihak Polis membuat siasatan semula dengan mengklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan/atau di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Saya memberikan ruang 48 jam untuk melihat apakah tindakan pihak Polis selepas aduan rasmi dibuat oleh saya sendiri sebagai bapa mangsa.

Seperti saya nyatakan, misal kata – Polis tidak pandai siasat dan percaya 100 peratus cerita oleh Pengasuh maka mudah betul Polis kita kena tipu.

Saya hanya mahu tahu – siapa mengasari, menyakiti dan menganiaya Puteri saya, Nour Rania Asyifaa Binti Yuseri?

Ini gambar bahagian belakang badan Baby Syifaa dan lebam disebabkan tekanan dan meninggalkan kesan seakan tapak tangan.

Itu saya kata, sekiranya Polis tiada kemampuan untuk membuat siasatan telus. Sila beritahu. Kita pasti akan membantu dan mempermudahkan tugas Polis.

Kakak Asha,

Daddy akan terus cari binatang yang menyakiti Baby Syifaa, Adik kesayangan Kakak..

Justice Delayed is Justice Denied!

follow blog ini untuk update terbaru

#Justice4BabySyifaa

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *